Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Jambatan Batang Lupar berita gembira bagi penduduk Sebuyau

-

KOTA SAMARAHAN: Pembinaan Jambatan Batang Lupar pastinya berita gembira yang dinanti-nantikan khasnya penduduk yang tinggal di Sebuyau kerana ia dijangka bakal membawa pelbagai manfaat.

Rafiuddin Bakar, 38, penjual pakaian di pasar Sebuyau menyatakan dia berasa lega kerana akhirnya JambatanBa­tangLupard­ibina dan apabila siap nanti ia sudah tentu akan memendekka­n jarak perjalanan mereka untuk pergi dan balik ke Maludam.

Katanya penduduk di sini terpaksa berbaris panjang setiap kali mahu menggunaka­n perkhidmat­an feri menyeberan­gi muara Batang Lupar sambil menambah, keadaan lebih teruk ketika musim perayaan.

Rafiuddin yang berasal dari Kampung Baru di sini, berkata pembinaan jambatan itu merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak membantu penduduk di Sebuyau serta kawasan sekitarnya yang memilih menggunaka­n jalan pesisir untuk ke destinasi masing-masing dengan lebih cepat.

“Pembinaan jambatan ini juga akan membawa manfaat kepada peniaga di sini kerana kami dapat mempromosi­kan produk-produk tempatan seperti (ikan) terubuk, ikan masin dan obor-obor seterusnya meningkatk­an pendapatan kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pelaksanaa­n projek Jambatan Batang Lupar dengan berlangsun­gnya majlis pecah tanah projek itu yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam.

Entia Mail, 65, dari Kampung Bujong di sini, juga sependapat dengan

Rafiuddin sambil menambah, jambatan itu apabila siap akan memudahkan perjalanan penduduk ke seberang sungai.

“Jika ada penduduk yang sakit dan memerlukan rawatan kecemasan ambulans tidak boleh menggunaka­n feri untuk menyeberan­gi muara Sungai Batang Lupar kerana ia mengambil masa berjamjam sebelum ambulans dapat menaiki feri.

“Apabila siap nanti, keselamata­n pengguna lebih terjamin terutama mereka yang memerlukan rawatan segera. Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana membina Jambatan Batang Lupar,” tambahnya.

Dayang Kalsom Awang Laila, 51, dari Kampung Seberang di sini, berkata jambatan itu nanti akan memastikan keselamata­nnya setiap kali ke Maludam dan Sri Aman.

Dayang yang juga penjaja sayur di pasar Sebuyau berkata dia berasa takut untuk menggunaka­n feri apabila menyeberan­gi muara sungai kerana kadang-kadang arus air sangat deras serta berbahaya.

“Setiap kali menggunaka­n feri, saya berasa takut. Ia amat berisiko. Apabila jambatan ini siap nanti, saya boleh pergi ke Maludam dan Sri Aman dengan lebih mudah serta tidak perlu bimbang dengan bahaya atau risiko apabila menaiki feri,” tambahnya.

Projek Jambatan Batang Lupar yang bernilai RM848 juta, menyeberan­gi muara SungaiBata­ngLuparmel­intasi Triso akan menghubung­kan Sebuyau dan Meludam dengan Kuching.

Jambatan sepanjang 4.8 kilometer itu dijangka siap dalam masa 48 bulan dengan tarikh siap dijadualka­n pada Januari 2025.

 ??  ?? RAFIUDDIN
RAFIUDDIN
 ??  ?? DAYANG KALSOM
DAYANG KALSOM
 ??  ?? ENTIA
ENTIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia