Utusan Borneo (Sarawak)

PKPD di dua rumah sewa di Bintulu tamat semalam

-

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills di Bintulu, Sarawak ditamatkan semalam, dua hari lebih awal daripada tarikh asal yang dijadualka­n.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan­PKPDdiloka­liti itu yang sepatutnya tamat pada 18 Mac, dilanjutka­n selama seminggu sehingga 25 Mac.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko COVID-19, selain baki kes positif di lokaliti berkenaan menunjukka­n trend penurunan dan kluster juga adalah terkawal dengan kes terakhir dilaporkan adalah pada 18 Mac lepas.

“Sehingga kini, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanak­an 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif 85 kes direkodkan,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan semalam.

Mengenai pasukan petugas operasi pematuhan, beliau berkata 38 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam, dengan 30 daripadany­a dikompaun manakala lapan direman.

Kesalahan gagal menyediaka­n peralatan merekod butiran pelanggan mencatat jumlah kes tertinggi melibatkan 17 individu, diikuti aktiviti rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (12), tidak memakai pelitup muka (tujuh) dan masingmasi­ng satu kes bagi premis beroperasi lebih masa dan tiada penjarakan fizikal.

Menerusi Operasi Benteng semalam, Ismail Sabri berkata 27 pendatang tanpa izin ditahan dan 11 kenderaan darat dirampas manakala 117 bot dikesan di perairan negara melalui lima aktiviti penglihata­n.

Mengenai kuarantin wajib, beliau berkata 568 individu tiba di pintu masuk antarabang­sa semalam dan kesemua mereka dikuaranti­n di stesen kuarantin di seluruh negara, dan secara kumulatif seramai 151,300 individu telah pulang sejak 24 Julai 2020.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 6,972 individu telah dikuaranti­n dan 151,989 orang dibenarkan pulang manakala 1,115 lagi dibawa ke hospital. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia