Utusan Borneo (Sarawak)

Dapne Ting mengaku tidak bersalah tampal perkataan bahasa Cina tanpa kebenaran

-

KUCHING: Bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Dapne Ting Ying Ying mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menampal perkataan bahasa Cina pada papan tanda jalan milik Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tanpa kebenaran bertulis ketua pegawai pentadbira­n.

Pengakuan itu dibuat wanita berusia 37 tahun itu di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 31 Mac ini.

Mengikut pertuduhan, Dapne Ting didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 20 Ogos 2020, jam lebih kurang 10.30 pagi di Lebuh Wayang, Jalan Main Bazaar dan Jalan Green Hill di sini.

Dakwaan dibuat mengikut Undang-undang Kecil 22 (1) (a) Pihak Berkuasa Tempatan (Kebersihan) Undang-Undang Kecil 1999 (By-Law 22(1)(a) of the Local Authoritie­s (Cleanlines­s) By

Laws 1999).

Jika sabit kesalahan, boleh denda RM1,500 untuk kesalahan kali pertama dan untuk kesalahan berikutnya denda RM3,000 atau penjara sembilan bulan untuk setiap kesalahan seterusnya.

Berdasarka­n laporan terdahulu, bekas Ahli Parlimen Stampin Julian Tan bersama rakan-rakan DAPSY Kuching mengambil inisiatif menampalka­n huruf Cina pada beberapa papan tanda jalan di sekitar bandar raya.

Menurut mereka, beberapa kawasan dalam bandar misalnya amat memerlukan papan tanda pelbagai bahasa seperti yang ditulis dalam bahasa Melayu dan Cina kerana ada hubungan signifikan kepada warisan Cina rakyat Sarawak.

Mereka turut menyatakan kekecewaan dengan pihak berkuasa tempatan yang dilihat tidak menyedari kepentinga­n papan tanda jalan pelbagai bahasa ini.

Dalam pada itu, Michael Kong yang mewakili Dapne Ting berkata, papan tanda jalan pelbagai bahasa adalah perkara biasa dan merupakan identiti unik bagi pelbagai budaya, kaum dan bahasa di Sarawak.

“Sehubungan itu, kami akan terus mempertaha­nkan pendirian kami berhubung papan tanda jalan pelbagai bahasa yang menggambar­kan ciri-ciri Sarawak sebagai sebuah negeri dengan budaya dan masyarakat berbilang kaum,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial Facebook miliknya semalam.

 ?? — Gambar dari Facebook Kong ?? DIDAKWA: Dapne Ting (kiri) bersama Kong di Kompleks Mahkamah Kuching.
— Gambar dari Facebook Kong DIDAKWA: Dapne Ting (kiri) bersama Kong di Kompleks Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia