Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan bot, tongkang dan lapan kru tanpa dokumen sah

-

MIRI: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan lapan kru lelaki di atas sebuah bot tunda kerana gagal mengemukak­an dokumen pas pelepasan pelabuhan dan lesen perkapalan dalam negeri yang tamat tempoh.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, mereka ditahan ketika aset APMM sedang melakukan rondaan Ops Permai sekitar jam 4 petang Ahad lalu.

“Operasi mengesan sebuah bot tunda sedang menunda sebuah tongkang dengan muatan kayu papan lapis dalam keadaan mencurigak­an pada jarak tujuh batu nautika barat laut dari Tanjung Lobang.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas kedua-dua vesel tersebut mendapati mereka gagal mengemukak­an pas pelabuhan manakala lesen perkapalan dalam negeri sudah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau menambah, lapan kru yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga tempatan, tiga lelaki warga Indonesia dan dua lelaki warga India berumur lingkungan 24 hingga 54 tahun.

Kesemuanya bagaimanap­un memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Md Fauzi berkata, bot tunda, tongkang serta lapan kru tersebut ditahan dan diiring ke kawasan bersauh Baram untuk siasatan lanjut.

Katanya kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukak­an dokumen pas pelepasan pelabuhan semasa pelayaran dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana lesen perkapalan dalam negeri tamat tempoh.

Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim (industri perkapalan) dan nelayan agar sentiasame­matuhiunda­ng-undang dengan mengutamak­an keselamata­n mereka apabila berada di laut serta pemakaian jaket keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia