Utusan Borneo (Sarawak)

OPERASI PENCARIAN ALI DITERUSKAN

-

BELAGA: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berburu selepas bekerja mengalihka­n kayu dan zink bersama anaknya dari jeti Bakun ke Long Selui di Sungai Selui, Bakun dekat sini masih belum ditemui.

Mangsa dipercayai hilang sejak 10 Mac lalu, namun operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n hanya selepas anaknya membuat laporan kehilangan mangsa pada Isnin lalu.

Berdasarka­n laporan anaknya Alias Alan Ali, 20, ayahnya Ali Lingak, 50-an, pada jam 1 petang 10 Mac lalu telah melakukan kerja mengalihka­n kayu dan zink bersamanya menggunaka­n bot enjin sangkut dari jeti Bakun ke Long Selui.

Selepas itu katanya, ayahnya mengembali­kan bot yang dipinjam ke jeti Bakun.

“Lalu kami bercadang untuk mengambil perahu sendiri untuk digunakan di Long Selui,” katanya dalam laporannya kepada pihak polis Isnin lalu.

Semasa tempoh itu katanya, ayah tidak membawanya pergi berburu bersama sebaliknya meninggalk­annya di Long Selui sambil memberitah­u akan balik lewat, namun tidak muncul lagi sehingga 20 Mac.

“Akibat bekalan makanan yang saya dan ayah bawa habis, saya terpaksa berenang dari Long Selui ke Homestay Belanum untuk meminta bantuan,” katanya.

Setelah sampai di Homestay Belanum katanya, beliau meminta bantuan orang awam di situ lalu menumpang mereka yang ketika itu hendak balik ke Jeti Bakun.

“Setelah sampai di rumah saya di Uma Kelap, Sungai Asap saya mendapati ayah tiada di rumah dan bertanya dengan semua penduduk kampung namun diberitahu ayah saya tidak pulang ke rumah sejak kami ke Long Selui pada 10 Mac lalu,’ katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Timbalan Penguasa Bomba I Christus Buson berkata, operasi SAR hari ketiga pada Isnin lalu bermalam di Bakun setelah menerima laporan kejadian pada jam 6.44 pagi hari sama seterusnya disambung jam 10 pagi kelmarin selesai taklimat pembahagia­n kawasan pencarian.

“Strategi pencarian dibuat di permukaan sungai ke atas mangsa dan juga perahu yang digunakan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, pasukan SAR mencari seberapa banyak petunjuk seperti kesan minyak petrol enjin bot yang digunakan bagi mengecilka­n skop pencarian serta kedudukan terakhir mangsa antara Sungai Linau dan Sungai Balui.

“Kawasan pencarian bermula dari muara menuju ke hulu Sungai Linau dengan radius 57 kilometer (km) persegi.

“Operasi SAR tertumpu penuh di kawasan Sungai Linau manakala keseluruha­n pencarian berkeluasa­n 164km persegi dan masih belum menemui sebarang petunjuk penemuan mangsa,” tambahnya.

Dalam pada itu, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang telah melawat Pos Kawalan Bomba di Bakun.

“Operasi ditangguhk­an pada jam 4.30 petang semalam (kelmarin) berikutan hujan lebat di lokasi dan disambung semula hari ini (semalam),” katanya sambil menambah turut serta dalam operasi itu ialah empat anggota polis, seorang kakitangan Sarawak Energy, 25 penduduk, tiga anggota pasukan bomba sukarela Uma Daro dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

 ??  ?? DITERUSKAN: Operasi pencarian mangsa giat dijalankan.
DITERUSKAN: Operasi pencarian mangsa giat dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia