Utusan Borneo (Sarawak)

Colombia mohon maaf kepada wartawan yang dirogol, didera

Pengalaman perit Bedoya di tangan separa tentera dua dekad lepas

-

BOGOTA: Colombia kelmarin meminta maaf kepada wartawan Jineth Bedoya di hadapan Mahkamah Hak Manusia Antara-Amerika atas penculikan, rogol dan penderaan mangsa itu di tangan separa tentera dua dekad lepas.

Bedoya menuduh kerajaan Colombia bersubahat dalam pengalaman peritnya itu.

Camilo Gomez, pengarah Agensi Kebangsaan Columbia dalam Undang-Undang Pertahanan Negara, menerima “tanggungja­wab antarabang­sa dalam kegagalan sistem kehakiman dan tidak memenuhi tugas untuk mengkaji siasatan ancaman” yang dilakukan terhadap Bedoya.

Mahkamah itu, badan autonomi Organisasi Amerika Syarikat (OAS), ditugaskan untuk menerangka­n tanggungja­wab Columbia terhadap kekejaman yang dilakukan kepada Bedoya, yang dikalungka­n anugerah World Press Freedom pada 2000.

Colombia “memohon kemaafan daripada Jineth

Bedoya di atas perbuatan itu dan untuk kerosakan yang diakibatka­n dan sedar bahawa perlakuan ini melanggar hak dan maruah beliau, perancanga­n kehidupan, integriti diri, jaminan undang-undang dan jaminan perlindung­an,” tambah Gomez.

Beliau pada mulanya menuduh mahkamah “berat sebelah” dan mengarahka­n para juri dirombak.

Minggu lalu, Bedoya memberi keterangan di mahkamah bahawa pada tahun 2000 beliau diculik oleh separa tentera bersayap kiri di luar penjara di ibu negeri Bogota kemudian didera dan dirogol selama 16 jam sebelum ditinggalk­an di tepi jalan.

Pada waktu itu, Bedoya sedang menyiasat jaringan operasi pemerdagan­gan bersenjata di penjara La Modelo dan mendakwa negara itu, termasuk ketua polis yang “berpengaru­h” telah bersubahat dalam penculikan­nya.

Separa tentera, yang sesetengah­nya sudah disabit kesalahan di atas jenayah yang dilakukan terhadap Bedoya, merupakan militan sayap kiri yang berperang secara gerila semasa konflik 60 tahun Colombia. Mereka dibubarkan pada 2006.

Bedoya menyatakan sejak itu beliau menderita selama dua dekad “penindasan, ancaman dan ugutan berterusan.”

Colombia juga meminta maaf kerana gagal untuk menjalanka­n siasatan ke atas serangan terhadap ibu Bedoya, Luz Nelly Lima, pada 1999.

“Kesan yang dialami oleh ibu dan saya akibat penindasan selama 20 tahun dan hukuman berterusan telah tidak membenarka­n kami untuk mengakhiri kitaran kekejaman dan pulih dalam kehidupan kami,” kata Bedoya.

Beliau meminta perlindung­an buat dirinya dan ibunya, dan juga penutupan penjara La Modelo.

Kedua-dua pihak telah diberi masa sehingga 23 April untuk mengemukak­an bantahan bertulis terakhir.

Keputusan mahkamah adalah tetap dan tidak boleh dirayu semula. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MANGSA: Bedoya semasa bercakap pada sidang media di Bogota kelmarin.
— Gambar AFP MANGSA: Bedoya semasa bercakap pada sidang media di Bogota kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia