Utusan Borneo (Sarawak)

TRAGEDI DI GUNUNG TABAI

Seorang maut tertimbus, dua selamat dalam insiden runtuhan batu ketika menggali emas.

- Oleh Jeremy Lanson

BAU: Seorang lelaki terkorban, manakala dua lagi selamat dalam insiden runtuhan batu di Gunung Tabai di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Tawang Lingem berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Mat Tapa, 25, dari Kampung Bijuray berjaya ditemui di dalam satu lubang di gunung tersebut.

Bagaimanap­un katanya, usaha mengeluark­an mayat mangsa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) semalam tidak berjaya disebabkan faktor-faktor keselamata­n.

“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia dan dua lagi iaitu saudara mangsa selamat selepas berjaya keluar dari dalam lubang tersebut sekitar jam 5.30 pagi tadi (semalam).

“Usaha mengeluark­an mayat mangsa bagaimanap­un mengalami kesukaran disebabkan masih berlaku runtuhan tanah setiap kali cubaan mengalihka­n mayat mangsa dilakukan.

“Justeru atas faktor keselamata­n, kita terpaksa menangguhk­an operasi hari ini (semalam) dan ia akan disambung semula esok (hari ini),” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Difahamkan, mangsa bersama dua saudaranya pergi ke gunung tersebut yang terletak di Jalan Taiton di sini untuk menggali emas sekitar petang Selasa.

Runtuhan batu dan tanah dipercayai berlaku di dalam lubang tersebut sehingga menyebabka­n mangsa tertimbus dan dua lagi mangsa terperangk­ap. Laporan berhubung kejadian hanya dibuat oleh keluarga mangsa sekitar jam 8.30 pagi semalam di Balai Polis Bau selepas dimaklumka­n mengenai insiden tersebut.

Operasi SAR yang turut disertai penduduk kampung dilancarka­n sebaik sahaja laporan diterima.

Sementara itu, kakak mangsa, Freshilla Tapa, 26, ketika ditemui berkata dia dan keluarga amat berharap adiknya berjaya dikeluarka­n dari tempat kejadian. “Saya tidak minta banyak, cuma terus bersama berdoa agar adik saya berjaya dikeluarka­n.

“Jika dia ditemui tidak bernyawa, sekurang-kurangnya ada tempat yang sewajarnya untuk disemadika­n tetapi bukan di sini (gunung),” katanya.

Menurut Freshilla, adiknya merupakan anak bongsu daripada lapan beradik.

 ??  ?? MENCABAR: Anggota operasi berusaha
mengeluark­an mayat mangsa.
MENCABAR: Anggota operasi berusaha mengeluark­an mayat mangsa.
 ??  ?? TURUT SERTA: Tawang membantu menarik keluar anggota penyelamat yang masuk ke dalam lubang
di mana mangsa dilaporkan tertimbus.
TURUT SERTA: Tawang membantu menarik keluar anggota penyelamat yang masuk ke dalam lubang di mana mangsa dilaporkan tertimbus.
 ??  ?? BANTU: Freshilla (kiri) membantu saudara mereka yang turut sama
menyertai operasi tersebut.
BANTU: Freshilla (kiri) membantu saudara mereka yang turut sama menyertai operasi tersebut.
 ??  ?? SEDIH: Rakan mangsa dikenali sebagai Ronny tidak dapat
menahan kesedihan.
SEDIH: Rakan mangsa dikenali sebagai Ronny tidak dapat menahan kesedihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia