Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: SARAWAK REKODKAN 141 KES BAHARU SEMALAM

-

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 141 kes baharu COVID-19 semalam menjadikan jumlah keseluruha­n setakat ini meningkat kepada 14,655 kes.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, kes dikesan di Miri (34), Bintulu (27), Serian (25), Sibu (17), Samarahan (9), Kuching (8), Tebedu (6), Tanjung Manis (5), Sarikei (3) dan masing-masing satu kes di Kanowit, Kapit, Meradong, Mukah, Selangau, Sri Aman dan Subis.

“Daripada 141 kes baharu yang dikesan, seramai 24 orang menunjukka­n tanda dan gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala seramai 124 lagi kes terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan,” katanya.

Mengenai kes pulih pula, terdapat 118 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Bintulu (27), Hospital Sibu (22), Hospital Miri (20), Hospital Umum Sarawak (19), PKRC Hospital Kapit (11), PKRC Hospital Betong (8), Hospital Sarikei (7), PKRC Serian (2), PKRC Mukah (1) dan Hospital Limbang (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 11,915 orang atau 81.30 peratus.

Semalam juga terdapat 141 orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang masing menunggu keputusan ujian makmal.

Manakala seramai 302 individu di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin.

JPBNS turut memaklumka­n Daerah Tebedu telah bertukar status daripada Hijau kepada Kuning semalam setelah enam kes jangkitan tempatan baharu dikesan di daerah itu.

Manakala, Daerah Tanjung Manis telah bertukar status daripada Kuning kepada Jingga setelah merekodkan sejumlah 24 kes jangkitan tempatan COVID-19 dalam tempoh 14 hari lepas.

Daerah Samarahan, Sri Aman, Song, Serian, Julau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah.

Manakala Daerah Asajaya, Beluru, Marudi, Pakan, Matu, Lawas, Daro, Simunjan, Lubok Antu dan Kabong kekal berstatus Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia