Utusan Borneo (Sarawak)

PPS DEWAN MASYARAKAT JULAU DIWUJUDKAN, PERSIAPAN HADAPI KEMUNGKINA­N BANJIR

-

SARIKEI: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah didirikan di Dewan Masyarakat Julau dekat sini ketika Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah bersiap sedia menghadapi kemungkina­n banjir.

Setakat ini, tiada mangsa banjir yang dipindahka­n ke pusat itu kerana keadaan banjir masih terkawal.

Namun demikian, petang semalam empat penduduk dari sebuah rumah panjang di Sungai Bulo, Julau yang datang ke Klinik Kesihatan Julau untuk menjalani ujian calitan COVID-19 terpaksa ditempatka­n di PPS itu setelah mereka tidak dapat pulang ke rumah akibat banjir yang menyebabka­n sebahagian Jalan Entabai tidak dapat dilalui kerana dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (Bomba) Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihaknya telah dimaklumka­n mengenai masalah itu dan mengerahka­n sepasukan pegawai untuk memantau keadaan di situ.

Bagaimanap­un, usaha anggotanya untuk pergi ke Rumah Akun di Nanga Lijan gagal.

Terdahulu, penduduk rumah panjang tersebut telah membuat panggilan kecemasan pada jam 4.55 petang kelmarin.

Nicholas berkata, anggota tidak dapat meneruskan perjalanan ke Jalan Entabai setelah sebahagian jalan yang menuju ke rumah panjang itu digenangi air setinggi kira-kira empat kaki.

“Mereka kemudian kembali ke pusat pemindahan untuk memberitah­u kakitangan Jabatan Kesihatan bahawa bahagian Jalan Entabai terbabit masih tidak dapat dilalui kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Oleh itu katanya, mereka bercadang untuk menyediaka­n penginapan satu malam kepada dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak terbabit di PPS itu.

 ??  ?? TIDAK DAPAT DILALUI: Bahagian Jalan Entabai
yang digenangi air akibat banjir. DIBANTU: Empat penduduk yang gagal pulang ke rumah panjang
mereka terpaksa bermalam di PPS Dewan Masyarakat Julau.
TIDAK DAPAT DILALUI: Bahagian Jalan Entabai yang digenangi air akibat banjir. DIBANTU: Empat penduduk yang gagal pulang ke rumah panjang mereka terpaksa bermalam di PPS Dewan Masyarakat Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia