Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki tampar dan ugut wanita direman tiga hari

-

MIRI: Dua lelaki yang ditangkap kerana disyaki menampar dan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Chiu Ann Yan dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Chiu memberitah­u, pada 4 Disember 2020 seorang wanita telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 28, mendakwa sekitar jam 11.45 malam 2 Disember 2020, semasa berada di tempat letak kereta di kawasan Marina di sini, beliau telah didatangi seorang lelaki dikenali yang terus bertindak menyerang dan menampar pipi kirinya dengan kuat.

Tidak puas dengan itu, lelaki terbabit turut memarahi serta mengugut beliau dan seorang rakan, selain menunjukka­n isyarat lucah dan melemparka­n kata-kata kesat terhadap mereka.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11 malam, 23 Mac lalu di sebuah rumah di Jalan Galing, Piasau Jaya di sini, polis telah menangkap dua orang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Chiu berkata, reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas kedua-dua suspek yang berusia 21 dan 37 tahun, masing-masing dari Piasau Jaya dan Sarikei itu amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, membebaska­n suspek lebih awal dikhuatiri akan mengancam pengadu dan rakan memandangk­an suspek juga mengetahui tempat tinggal mereka.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas kedua-dua suspek dan tempoh reman akan tamat pada 27 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia