Utusan Borneo (Sarawak)

PSB fokus kebajikan, isu, keperluan luar bandar: Wong

Parti yang memperjuan­gkan nasib semua kaum ini bersedia memberi perkhidmat­an lebih baik demi kesejahter­aan rakyat

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Paling utama ialah bagaimana kita membantu komuniti luar bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum mendapat pembelaan dari segi kebajikan, ekonomi, pembanguna­n dan

” pendidikan.

Dato Sri Wong Soon Koh

Presiden

MIRI: Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan menumpukan isu-isu tempatan, memperjuan­g kebajikan dan keperluan komuniti luar bandar yang disifatkan kurang mendapat perhatian kerajaan.

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh berkata, parti yang memperjuan­gkan nasib semua kaum itu bersedia memberi perkhidmat­an lebih baik demi kesejahter­aan rakyat.

“Paling utama ialah bagaimana kita membantu komuniti luar bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum mendapat pembelaan dari segi kebajikan, ekonomi, pembanguna­n dan pendidikan,” katanya semasa melancarka­n Task Force PSB Zon Utara di sini, petang semalam.

Wong berkata, banyak isu tempatan berbangkit dan disuarakan komuniti luar bandar serta kekurangan yang dirasai mereka sejak sekian lama.

“Saya amat berharap pasukan Task Force Zon Utara mendekati komuniti setempat dalam sesi dialog atau secara dalam talian untuk berkongsi visi penubuhan parti,” jelasnya.

Wong berkata, sejak penubuhan PSB ia disertai pelbagai kaum termasuk Melayu/Melanau, Dayak dan Cina yang berjuang untuk kepentinga­n Sarawak.

Setelah meletak jawatan menteri daripada kabinet negeri pada Ogos 2019, Wong menumpukan perhatian kepada PSB sekali gus menjadikan parti itu sebagai parti bebas dan membuka pintu kepada semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

“PSB mendapat sambutan memberangs­angkan daripada rakyat negeri ini apabila kita turun padang bertemu mereka.

“Sambutan dan perkembang­an positif ini memberi kita galakan dan motivasi untuk terus berjuang untuk keadilan, kesaksamaa­n dan bertindak adil kepada semua kaum serta berjuang untuk hak-hak Sarawak,” katanya.

Tambahnya, isu tempatan seperti peluang pekerjaan, pendidikan, ekonomi, pembanguna­n pertanian, pembanguna­n fizikal dan sebagainya antara isu disuarakan komuniti.

“Kita juga berharap komuniti Cina di luar bandar bangkit dan menyuaraka­n pendapat mereka untuk kehidupan yang lebih baik dan cerah,” jelasnya.

Mengulas mengenai situasi semasa COVID-19 katanya, PSB ada pelan jangka panjang bagi pemulihan ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat.

“Kita juga sudah bergerak di peringkat akar umbi dan mendekati penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan seterusnya menyalurka­n bantuan makanan.

“Kita menyedari keperluan untuk menyediaka­n makanan di atas meja bagi meringanka­n beban serta tidak mahu mereka menderita akibat pandemik COVID-19,” jelasnya.

Malahan tambah Wong, tiada isu diskrimina­si terhadap mana-mana kaum dan semua rakyat berhak dan layak dilayan sama rata.

“PSB berjuang untuk keadilan, kesamarata­an dan kemajuan bagi semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama atau budaya,” tegasnya.

Hadir sama ialah Ketua Wanita PSB Pusat Suzanne Lee, Pengerusi PSB Cawangan Pujut Bruce Chai, Pengerusi PSB Cawangan Senadin Keith Chin serta Penolong Setiausaha Pemuda PSB Sim Poh Giap dan Steve Teo Jia Jun.

 ??  ?? RASMI: Suzanne, Wong (tengah) dan Bruce (dua kanan) melancarka­n Task Force PSB Zon Utara di Miri, petang kelmarin.
RASMI: Suzanne, Wong (tengah) dan Bruce (dua kanan) melancarka­n Task Force PSB Zon Utara di Miri, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia