Utusan Borneo (Sarawak)

Nadzerah dilantik Pengarah Penerangan Sabah

Harun sebagai Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, berkuat kuasa 4 Januari lalu

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

KOTA KINABALU: Anak jati Tandek, Nadzerah Abdullah, kini meneruskan legasi kepimpinan wanita khususnya di Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah.

Beliau yang memulakan kariernya sebagai Penolong Pegawai Penerangan (Gred B11) di jabatan berkenaan pada 1 November 1982, kini dilantik sebagai Pengarah Penerangan Negeri Sabah yang ke-15, menggantik­an Norzawiyah Bulka yang telah bersara.

“Saya bertugas di lapangan lebih kurang 20 tahun dan naik pangkat melalui kekananan jawatan daripada Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu ke Pegawai Penerangan Bahagian Sandakan dan kemudian dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara.

“Kemudian, saya terus menimba ilmu dalam cabang komunikasi media sebagai Pegawai Perhubunga­n Awam (PRO) di Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementeria­n Pelanconga­n,

Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

“Sebelum ke MOTAC, saya dilantik sebagai Pengarah Bahagian Dasar dan Perancanga­n Strategik, Jabatan Penerangan Malaysia di Putrajaya dan sekali lagi saya mendalami analisa dasar khususnya dasar JaPen bagi sesebuah negeri.

“Saya mengutamak­an keseronoka­n bekerja sama aa di pejabat atau di lapangan kerana keseronoka­n bekerja menjadikan kita matang dalam mengharung­i alam pekerjaan dan menghasilk­an kualiti out put yang cemerlang,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, pada Selasa.

Mengenai hala tuju yang ingin dipacu, beliau menzahirka­n hasratnya untuk mendigital­kan JaPen Sabah dengan mengambil kira aspek Digital Communicat­ion dan Digital Public Relation, memandangk­an jabatan tertua itu kini disaing hebat oleh jabatan-jabatan yang lain.

“Saya berharap dapat melaksanak­annya kalau pun tidak sepenuhnya, mungkin sebagai langkah permulaan ke arah pendigital­an jabatan,” katanya.

Dalamusaha­merealisas­ikan misi berkenaan, Nadzerah kini dibantu oleh timbalanny­a Harun Maddasa, yang melapor tugas pada 4 Januari lalu sebagai Timbalan Pengarah Penerangan Sabah.

Meski perwatakan Harun sangat sederhana dan bersahaja, karisma dan kepimpinan pegawai kelahiran Semporna itu tidak boleh dipandang sebelah mata.

Seperti Nadzerah, karier Harun juga bermula di JaPen Sabah dengan jawatan Penolong Pegawai Penerangan pada 4 April 1984.

Selain di lapangan, pengalaman paling bermakna bagi dirinya ialah bertugas selama 15 tahun di luar jabatan sebagai Pegawai Kader di Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Unit Gerak Saraf dan Perang Saraf, Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), selain PRO di Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Motac di Putrajaya.

Kombinasi dua pegawai berkenaan diharap dapat melahirkan sinergi komunikasi mapan dalam usaha JaPen Sabah mengadapta­si norma baharu menerusi pendigital­an perkhidmat­an kepada masyarakat. — Penerangan

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun telah turun padang meninjau kawasan perumahan Taman Millenium di Batu 4 susulan aduan daripada penduduk.

Aduan diterima adalah mengenai parit di kawasan terbabit yang sering kali dinaiki banjir apabila waktu hujan.

Dalam tinjauan itu, beliau mendapati air bertakung di dalam parit sehingga mengalir keluar ke kawasan perumahan.

Ekoran itu, sebuah saluran menghala ke sungai berdekatan telah dibina bagi memastikan air dapat mengalir keluar dengan baik apabila waktu hujan.

Kos pembinaan itu dibiayai secara peribadi oleh Calvin dan kerja-kerja pembinaan telah dilakukan oleh sukarelawa­n Elopura bersama penduduk setempat.

Calvin berkata, saluran itu telah siap dibina pada Jumaat yang lalu dan penduduk berterima kasih di atas keprihatin­an dan tindakan pantas yang diambil bagi menyelesai­kan masalah dihadapi.

 ??  ?? KARISMA: Harun mempunyai karisma yang tersendiri.
KARISMA: Harun mempunyai karisma yang tersendiri.
 ??  ?? LEGASI: Nadzerah meneruskan legasi kepimpinan wanita di JaPen Sabah.
LEGASI: Nadzerah meneruskan legasi kepimpinan wanita di JaPen Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia