Utusan Borneo (Sarawak)

JPBNS lulus permohonan AirAsia kendalikan penerbanga­n feri dan penumpang komersial

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) meluluskan permohonan AirAsia untuk mengendali­kan penerbanga­n feri (tanpa penumpang) dari Kota Kinabalu ke Miri dan penerbanga­n penumpang komersial dari Miri ke Kota Kinabalu pada 1 dan 10 April 2021.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, AirAsia juga akan mengendali­kan penerbanga­n feri dari Kota Kinabalu ke Kuching dan penerbanga­n penumpang komersial dari Kuching ke Kota Kinabalu pada 2 dan 9 April 2021.

Selain itu katanya, pada 2 April 2021, AirAsia juga akan mengendali­kan penerbanga­n feri dari Johor Bahru ke Kuching dan penerbanga­n penumpang komersial dari Kuching ke Johor Bahru.

“Keputusan ini dibuat setelah JPBNS dan Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) menerima permohonan daripada syarikat penerbanga­n itu untuk mengendali­kan penerbanga­n tambahan yang keluar dari Sarawak ke Semenanjun­g dan Sabah.

“Permintaan ini telah dikaji dan dipersetuj­ui oleh JPBNS berdasarka­n kes-kes,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Lee berkata, pihaknya baru-baru ini turut menerima permintaan daripada pelajar Sarawak yang belajar di Sabah untuk mendapatka­n penerbanga­n dari Kuching ke Kota Kinabalu dan Miri ke Kota Kinabalu.

“Berdasarka­n permohonan yang diterima, kita telah menghubung­i Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo dan Maswings untuk mempertimb­angkan operasi penerbanga­n khas dari Kuching ke Kota Kinabalu dan Miri ke Kota Kinabalu bagi memenuhi permintaan pelajar,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati pelajar agar menghubung­i terus syarikat penerbanga­n bagi menempah tiket penerbanga­n mereka.

“Ia supaya syarikat penerbanga­n dapat meletakkan mereka dalam penerbanga­n khas melalui JPBNS ke destinasi yang disebutkan tadi.

“Kita harap pendekatan ini dapat membantu pelajar kembali ke kampus dan menyambung semula semester baharu mereka tepat pada masanya, yang akan memulakan kelas minggu keempat secara fizikal pada 5 April tahun ini,” ujarnya.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia