Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh rekaan pakaian dihasilkan peserta Bengkel ‘Traditiona­l Meets Modern 2.0: Fusionism’

-

KUCHING: Tujuh rekaan pakaian berjaya dihasilkan peserta Bengkel ‘Traditiona­l Meets Modern 2.0: Fusionism’ anjuran Unit Fesyen dan Pakaian (SFP), Kolej Komuniti Kuching pada 18 hingga 24 Mac baru-baru ini.

Peserta merupakan 14 pelajar semester dua dan semester tiga yang sedang mengikuti pembelajar­an subjek SFP 2014 Pakaian Tradisiona­l Wanita 1, SFP 2032 Seni Reka Fesyen 1 dan SFP 3014 Seni Reka Fesyen 2 dalam kurikulum kursus.

Pengarah Program merangkap Pensyarah SFP Sulaiman Mohd Shah berkata, melalui bengkel berkenaan peserta didedahkan dengan langkah susun atur pola dan cetusan idea rekaan pemilihan fabrik.

“Tujuannya untuk membantu mereka memperkasa teknik jahitan dalam pembuatan sesuatu pakaian.

“Pada masa sama, bengkel ini bertujuan membolehka­n peserta mempelajar­i kepelbagai­an seni reka fesyen sekali gus dapat memantapka­n kemahiran jahitan dan pembuatan pola pakaian serta dapat mengembang­kan idea dan keyakinan dalam memperbaik­i cara persembaha­n rekaan yang dihasilkan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Hadir sama pada bengkel itu ialah Pengarah Kolej Komuniti Kuching Suharyati Sulaiman.

Bengkel itu dijalankan mengikut cara gerak kerja ‘Project Runaway’ dengan setiap pelajar diberi bajet dan diberikan tempoh masa untuk memproses lakaran idea rekaan secara berkumpula­n seramai dua orang setiap kumpulan dengan bimbingan pensyarah-pensyarah SFP.

Mereka kemudian dibawa ke kedai kain untuk membeli dan mendapatka­n alat dan bahan bagi menghasilk­an rekaan masing-masing mengikut bajet yang diperuntuk­kan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Suharyati (tengah) merakam gambar kenangan bersama peserta.
UNTUK ALBUM: Suharyati (tengah) merakam gambar kenangan bersama peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia