Utusan Borneo (Sarawak)

Amazon buat filem Bollywood, Akshay Kumar watak utama

-

AMAZON memasuki Bollywood dengan filem Hindi pertama, dibintangi pelakon terkemuka India, dalam usaha meraih penonton dalam pasaran yang besar dan sesak kini.

Bintang Bollywood Akshay Kumar sebagai pelakon utama filem aksi pengembara­an ‘Ram Setu’, yang akan ditayangka­n di pawagam sebelum strim debut di Amazon Prime, menurut gergasi teknologi Amerika itu.

Platform strim global, termasuk Netflix dan Disney’s Hotstar, telah meluaskan jaringan ke negara 1.3 billion penduduk itu barubaru ini, termasuk mengupah syarikat pengeluara­n tempatan dan menampilka­n bintang Bollywood.

Servis strim melonjak terkenal ekoran koronaviru­s menyaksika­n sejak perintah berkurung, peminat wayang di India berpaling kepada mereka untuk hiburan, selepas panggung ditutup untuk lebih enam bulan.

Amazon, sudah menguasai India dengan perniagaan online mereka, baru-baru ini mengguris hati rakyat negara itu dan dikerah untuk meminta maaf ke atas ‘Tandav’, drama yang distrim di Prime.

Ahli politik di India mengarahka­n rancangan itu untuk dilarang kerana “mengejek dewa Hindu” dan tidak menghormat­i sentimen agama.

Servis strim TV tidak mengendahk­an larangan ketat dan cerewet negara itu, yang sering kali memotong babak daripada filem yang ditayangka­n di pawagam dan televisyen.

Namun di bawah peraturan yang diumumkan bulan lepas, platform strim akan dipaksa untuk mengeluark­an kandungan yang dibantah dalam 36 jam selepas aduan.

Perbalahan atas ‘Tandav’ dan peraturan baharu sudah menggalakk­an syarikat pengeluara­n untuk menapis program yang dihasilkan mereka atau mengeluark­annya sama sekali.

Semasa lawatan beliau ke India tahun lalu, pengasas Amazon Jeff Bezos mengulas kepada penonton pembuat filem Bollywood bahawa Prime Video sedang melakukan dengan tepat secara geografi, “tiada tempat lebih elok untuk melakukann­ya selain daripada India”.

Amazon belum mengumumka­n tarikh tayangan untuk ‘Ram Setu’, yang mengisahka­n Jambatan Adam, sebuah beting di India Selatan yang dibina oleh seangkatan tentera wira monyet, menurut mitos Hindu.

“Saya tidak sabar untuk menceritak­an kisah tentang warisan penting dalam India, terutamany­a buat pemuda pemudi,” kata Kumar, pelakon India yang terkaya di dunia menurut ranking Forbes 2020.

“Saya gembira, dengan Amazon Prime Video, kisah itu akan mengupas geografi dan meraih banyak penonton daripada seluruh dunia.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia