Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM bukan institusi yang boleh diperguna mana-mana pihak

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sebuah institusi yang memperjuan­gkan kelompok politik tertentu malah jauh sekali boleh dipergunak­an mana-mana pihak, tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau yang menjadi tonggak sang saka biru di bawah dua pentadbira­n perdana menteri selepas dilantik pada Mei 2019 hingga kini berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang tekanan dalam menggalas tugas serta melaksanak­an perubahan dalam pasukan itu.

“Saya bebas melakukan tindakan seperti memperbetu­lkan pasukan dengan merombak PDRM supaya kerajaan juga akan turut dapat nama baik...apabila kerajaan dapat satu pasukan polis yang dinamik dan tidak (mengamalka­n) rasuah, ini sekali gus menguntung­kan kerajaan dan orang ramai,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, tindakan beliau membawa perubahan dalam pasukan termasuk memperjuan­gkan isu-isu berkaitan penyelewen­gan, dadah dan salah laku anggotanya adalah bukti pasukan itu telus dalam memerangi jenayah di negara ini.

Beliau berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat mengembali­kan kepercayaa­n masyarakat terhadap pasukan polis yang sebelum ini didakwa mudah dipergunak­an oleh pihak-pihak tertentu.

“Saya tidak mahu jadi pasukan yang tidak berubah kononnya undang-undang boleh dikompromi contohnya boleh bawa masuk dadah, telefon bimbit dan rokok di dalam lokap selain membiarkan kejadian rogol dalam lokap yang menimbulka­n ketakutan masyarakat.

“Saya nak memperoleh kepercayaa­n dan penghormat­an (masyarakat) sebab itu saya hendak buktikan komitmen polis dalam menggalas tanggungja­wab dan amanah yang diberikan,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan beberapa agensi dalam kerajaan seperti PDRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia dijadikan ‘senjata politik’ bagi menjalanka­n siasatan dengan objektif mengambil tindakan terhadap pemimpin politik pembangkan­g.

Dalam perkembang­an lain, mengulas mengenai penceroboh­an laman sesawang, Abdul Hamid berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang bentuk kemungkina­n penceroboh­an terutama menerusi laman sesawang.

“Ada kumpulan (menceroboh laman sesawang kerajaan) yang kami sudah kenal pasti dan juga telah didakwa…siasatan kami mendapati mereka berbuat demikian untuk tujuan suka-suka, bermegah kononnya mahu menunjukka­n mereka hebat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia