Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja asing boleh dapat manfaat daripada PERKESO

-

KUALA LUMPUR: Pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) layak mendapat manfaat di bawah agensi itu sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan ketika bekerja, kata Ketua Eksekutifn­ya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz.

Berikutan itu, Mohammed Azman berkata, PERKESO kini sedang mengenal pasti waris pekerja warga asing yang terlibat dalam insiden di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, Cheras, Isnin lepas, untuk proses pembayaran manfaat.

“PERKESO tidak menunggu waris mangsa datang (ke PERKESO) untuk proses tuntutan sebaliknya Skuad PERKESO Prihatin yang turun padang mendapatka­n butiran mangsa untuk bayaran,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Mini Karnival PenjanaKer­jaya Kementeria­n Sumber Manusia untuk orang kurang upaya (OKU) di Wisma PERKESO, di sini semalam.

Jelasnya, pekerja asing yang mencarum dengan PERKESO layak mendapat faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pekerja Asing dan jika melibatkan kematian, waris boleh menuntut Faedah Orang Tanggungan.

Dalam kejadian pagi Isnin lepas, tiga lelaki warga China maut, manakala seorang rakyat tempatan cedera parah selepas komponen kren pembinaan projek Lebuh Raya SUKE terjatuh dan menghempap sebuah kereta Perodua Bezza dari ketinggian 120 kaki.

Sementara itu, menyentuh tentang mini karnival selama satu hari itu, Mohammed Azman berkata, program tersebut dilaksanak­an khusus bagi golongan OKU untuk mendapatka­n pekerjaan secara temu duga terbuka.

Beliau berkata, sebanyak 659 kekosongan jawatan ditawarkan oleh sembilan majikan yang menyertai karnival itu, meliputi beberapa bidang termasuk sektor perkhidmat­an pelanggan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia