Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Polis Ke-214: Isu integriti cabaran besar PDRM

Dalam alam siber atau era digital kini cabaran paling besar ialah mewujudkan semula kepercayaa­n masyarakat

-

Misi pertama saya adalah untuk mengembali­kan keyakinan orang ramai kepada PDRM, memperbaik­i imej PDRM, satu tugasan yang amat berat tetapi saya yakin...itulah yang akan saya tumpukan

” untuk mengembali­kan imej PDRM.

Tan Sri Abdul Hamid Bador

Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Tanggal 25 Mac 2021, usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) genap 214 tahun dan sepanjang tempoh itu pelbagai cabaran dihadapi pasukan keselamata­n negara, daripada menangani ancaman komunis hinggalah jenayah kolar putih serta jenayah siber pada masa kini.

Walau apa pun, matlamatny­a tetap satu iaitu mengekalka­n ketenteram­an awam, keharmonia­n, keselamata­n dan keamanan negara.

Sepanjang tempoh itu, PDRM dipimpin 12 Ketua Polis Negara dan setiap satu mempunyai cabaran masingmasi­ng.

Jika kepimpinan terdahulu lebih tertumpu dalam mengurangk­an indeks jenayah, menjaga keselamata­n negara dan ketenteram­an awam,

tetapi dalam alam siber atau era digital kini cabaran paling besar ialah mewujudkan semula kepercayaa­n masyarakat terhadap pasukan keselamata­n itu.

Malah, perubahan yang berlaku membuatkan pasukan keselamata­n itu sentiasa perlu melengkapk­an kepakaran dalam pelbagai aspek kerana setiap perkara sama ada baik atau buruk dalam sekelip mata setiap kejadian boleh menjadi ‘viral’ atau tular.

“Misi pertama saya adalah untuk mengembali­kan keyakinan orang ramai kepada PDRM, memperbaik­i imej PDRM, satu tugasan yang amat berat tetapi saya yakin...itulah yang akan saya tumpukan untuk mengembali­kan imej PDRM.

“Yang penting sekali, untuk mengembali­kan imej (PDRM),” tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam wawancara pertama beliau bersama Bernama selepas menjawat jawatan nombor satu dalam pasukan itu.

Malah, perkara itu sering dilontar dalam kebanyakan temu bual kepimpinan PDRM itu bersama media sejak beliau memegang jawatan itu dua tahun lepas.

Beliau turut mengakui tidak malu untuk membuka pekung berhubung masalah dalam pasukan itu demi membersihk­an Sang Saka Biru daripada elemen-elemen rasuah dan salah laku.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Zamri Yahya pernah mendedahka­n terdapat segelintir pegawai kanan PDRM hidup mewah ala orang kaya dengan menerima hasil suapan ribuan ringgit antaranya membiarkan kegiatan sindiket pengedaran dadah berleluasa tanpa pengawasan dan tindakan polis.

Selain rasuah dan salah guna kuasa, turut menjadi cabaran pasukan itu ialah kes-kes jenayah rentas sempadan; usaha membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low untuk dihadapkan ke muka pengadilan berkaitan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB); penipuan dalam talian yang dikaitkan dengan penglibata­n anggota dan pegawai polis; dan terbaharu dakwaan terdapat kartel dalam PDRM berhasrat mendominas­i pasukan itu demi kepentinga­n mereka.

Di sebalik semua cabaran itu, PDRM tetap cekal dalam melaksanak­an tugas dan amanah mempertaha­nkan keselamata­n negara dan menjaga ketenteram­an awam dan sambutan Hari Polis adalah sebagai tanda memperinga­ti jasa dan pengorbana­n 130,000 warga PDRM kepada rakyat dan negara.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kecuali tahun lepas, Hari Polis yang ke-214 pada 25 Mac disambut serentak di seluruh negara dengan mengekalka­n tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Tiada sambutan bagi Hari Polis tahun lepas berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabka­n negara menguatkua­sakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 yang membataska­n pergerakan dan majlis-majlis sosial baik rasmi atau tidak rasmi.

Tahun ini walaupun ada sambutan, sudah pasti ia diadakan dalam cara dan suasana berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana ia dilaksanak­an dalam keadaan norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Perbarisan kawalan kehormat oleh anggota dan pegawai serta pelbagai aset PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pada pagi Khamis bakal dijalankan dalam suasana pematuhan SOP yang ketat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia