Utusan Borneo (Sarawak)

Kedah akan bina projek Takungan Air Pinggiran Sungai: Sanusi

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akan melaksanak­an projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS), untuk menakung lebihan air di Sungai Muda bagi menstabilk­an paras air di sungai itu pada musim kemarau, sekali gus meningkatk­an bekalan air di negeri ini.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, baraj baharu juga akan dibina untuk menstabilk­an paras air Sungai Muda, bagi memastikan pam-pam Syarikat Air Darul Aman (SADA) tidak tergantung, khususnya ketika kemarau akibat kekurangan air.

“Dulu masa buat projek tebatan banjir kelebaran sungai ditambah menyebabka­n paras air turun, projek itu tidak disekalika­n dengan menjajarka­n semula kedudukan pam di rumah-rumah pam sepanjang Sungai Muda, akibatnya ia tergantung (semasa air kurang),” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Beliau berkata, setelah paras air Sungai Muda dapat distabilka­n, kapasiti pengaliran air dari sungai itu akan dapat dikawal pada masa depan.

Katanya, TAPS akan dimulakan pada tahun ini juga dan pihaknya telah mengenal pasti kontraktor-kontraktor yang sesuai untuk projek melaksanak­an berkenaan.

“Peruntukan(untukTAPS) daripada Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) sebab ia berkaitan air mentah, kena bagi geran. Projek ini bukan sahaja faedah untuk kegunaan atau minuman Kedah sahaja, kerana Kedah bekalkan 42 peratus padi untuk negara, jadi sumber air ini untuk pertanian juga.

“Paras air kena stabil untuk pertanian, kalau tidak akan jejaskan bekalan padi untuk negara, bukan sahaja air bersih untuk minuman,” kata Muhammad Sanusi.

Sementara itu, mengenai kenyataan beliau sebelum ini yang membayangk­an kemungkina­n Pulau Pinang terpaksa menggunaka­n ‘air selut’ jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah, katanya ia bukanlah satu ugutan.

“Saya maklumkan supaya mereka bersedia sebab kita akan buat projek TAPS. Air Sungai Muda sewaktu banyak kita akan takung, ada 14 TAPS, setiap satu kawasan takungan besar, kedalaman 20 hingga 30 meter dengan lebar sehingga satu kilometer.

“Jadi Pulau Pinang kena bersedia dengan keadaan ini, kecuali dia berpakat dengan kita (kerajaan Kedah)...Kita kena rancang untuk elakkan mereka minum lumpur (selut), kalau tak pakat dan tak buat bayaran (caj air mentah), kita rancang untuk kita sahajalah,” katanya.

Katanya, kerajaan Kedah tidak pernah menutup pintu rundingan dengan Pulau Pinang dalam isu bekalan air, sebaliknya sentiasa mengalu-alukan perbincang­an untuk menentukan kadar caj bekalan air mentah yang perlu dibayar oleh kerajaan pimpinan DAP itu.

“Kita bukan tutup pintu (rundingan) pun, kita sentiasa tersenyum untuk berunding tentang bayaran air mentah tu, bukan tak mau bagi (air), nak bagi, tapi kena bayarlah sebab kita ada (kos) penyelengg­araan untuk kawasan tadahan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia