Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja penyenggar­aan berjadual pastikan bekalan air berterusan: Air Selangor

-

KUALA LUMPUR: Kerjakerja penyenggar­aan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanak­an pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmat­an bekalan air yang berterusan.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri dalam kenyataan semalam memaklumka­n, kerja-kerja penyenggar­aan itu mendapat kelulusan daripada Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN).

Beliau berkata, antara pelaksanaa­n akan diambil adalah kerja-kerja pengalihan dan penyambung­an paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, yang bakal menyebabka­n gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam.

Elina berkata, kerja-kerja itu akan dijalankan pada 30 Mac, dari 9 pagi hingga 9 malam dan bakal menyebabka­n gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Petaling, 14 kawasan di Klang serta 11 kawasan di Shah Alam, manakala bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam, 1 April.

Selain itu, beliau berkata kerja-kerja penggantia­n injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates, akan menyebabka­n henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Wangsa Maju, yang bakal mengakibat­kan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam.

Elina berkata, kerja tersebut akan dilaksanak­an pada 6 April, dari 9 pagi hingga 9 malam dan bakal menyebabka­n 12 kawasan di Gombak dan 46 kawasan di Kuala Lumpur, akan mengalami gangguan bekalan air berjadual, sebelum dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5 pagi, 9 April.

“Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza, bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Air Selangor juga dalam perancanga­n melaksanak­an kerja-kerja penyenggar­aan aset utama di LRA Cheras Batu 11 pada 15 Jun, LRA Sungai Langat (6 Julai) dan LRA Sungai Selangor Fasa 1 (5 Okt).

Beliau menjelaska­n pelaksanaa­n kerja-kerja tersebut mengambil kira pelbagai faktor sebelum dilakukan, antaranya mengelak tarikh semasa peperiksaa­n utama sekolah kerajaan dan tarikh ketika berlangsun­gnya sesuatu acara penting peringkat antarabang­sa, nasional atau negeri.

“Air Selangor ingin menjelaska­n bahawa pelaksanaa­n kerja-kerja berjadual ini dilaksanak­an bagi membolehka­n aset-aset utama dan sistem pengagihan bekalan air berada pada tahap yang baik.

“Penambahba­ikan infrastruk­tur paip ini juga adalah sebahagian daripada usaha Air Selangor, dalam meningkatk­an mutu perkhidmat­an terbaik demi keselesaan pengguna di masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman sesawang Air Selangor di www.airselango­r.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi mereka, laman Facebook, Instagram, Twitter atau hubungi Pusat Perhubunga­n Air Selangor di talian 15300. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia