Utusan Borneo (Sarawak)

Imigresen tahan sembilan pekerja rumah urut dalam Ops Gegar

-

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen Negeri Selangor menahan sembilan wanita pendatang tanpa izin dipercayai pekerja rumah urut yang turut menawarkan perkhidmat­an seks dalam Ops Gegar di tiga premis di sekitar Subang Jaya dan Klang, kelmarin.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, penahanan kesemua wanita berkenaan terdiri daripada tiga warga Indonesia, lima warga Thailand dan seorang warga Vietnam dalam operasi yang dijalankan bermula 9 malam itu dilakukan pihaknya setelah pemeriksaa­n awal terhadap 22 individu di ketiga-tiga premis urut tersebut.

Mohamad Shukri berkata, semasa serbuan dijalankan, ada di antara mereka yang sedang melayan pelanggan di bilik-bilik kecil yang dibina dalam premis tersebut.

“Hasil pemeriksaa­n awal dipercayai premis tersebut menjalanka­n aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan pakej urutan badan dan perkhidmat­an seks dengan bukti penemuan kondom yang telah digunakan di dalam bilik dan beberapa bungkusan yang masih belum digunakan di stor premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, terdapat beberapa pendatang dan pelanggan yang cuba melarikan diri, namun tidak berjaya kerana anggota operasi telah mengepung premis tersebut.

Mohamad Shukri berkata, siasatan juga mendapati setiap pelanggan yang ingin mendapatka­n kedua-dua perkhidmat­an itu dikenakan bayaran sebanyak RM150 bagi tempoh 45 minit.

Katanya, sembilan wanita tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit yang sah, 15(1)(c) akta yang sama iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturanp­eraturan Imigresen 1963 (melanggar syarat pas yang telah diberikan).

“Kesemua wanita yang berusia 23 hingga 43 tahun itu telah dibawa ke Bahagian Penguatkua­sa, Pejabat Imigresen Selangor bagi siasatan lanjut dan seterusnya akan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Semenyih. Mereka dibawa ke klinik kesihatan bagi menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum ditempatka­n di depot tahanan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia