Utusan Borneo (Sarawak)

Williams ditewaskan Diyas tersungkur awal dari kejohanan Terbuka Miami

-

MIAMI: Venus Williams tersungkur awal dari kejohanan Terbuka Miami pada Selasa selepas tewas pada perlawanan pusingan pertama kepada Zarina Diyas dari Kazakhstan.

Diyas menempah pertemuan pusingan kedua menentang pemain pilihan ke-11 dari Switzerlan­d, Belinda Bencic selepas menang 6-2 dan 7-6(12/10) ke atas jaguh tuan rumah itu.

Kekalahan itu adalah penyingkir­an terawal Williams di Miami sejak membuat penampilan sulung pada kejohanan ini pada 1997.

Selepas Diyas menang selesa pada set pertama, Williams cuba bangkit pada set kedua dan mendahului awal sebelum memaksa Diyas bermain di peringkat tiebreak.

Williams menyelamat­kan tiga mata akhir dalam permainan tiebreak tetapi menghadiah­kan mata kemenangan kepada Diyas apabila melakukan dua kesilapan berganda servis.

“Saya berasa sangat gembira dengan kemenangan ini, terutama sekali menentang pemain legenda seperti Venus – beliau adalah idola saya ketika masih kecil,” kata Diyas, 27.

Diyas melengkapk­an kemenangan dengan 61 pukulan kemenangan dari servis pertama dan mempamerka­n corak permainan yang bijak untuk memaksa Williams banyak berlari dalam gelanggang.

Perlawanan pada Selasa merupakan permulaan undian utama kejohanan tahun ini, yang diadakan selepas COVID-19 membatalka­n kejohanan itu pada tahun lepas.

Beberapa nama besar menarik diri dari kejohanan ini, dengan Roger Federer, Rafael Nadal dan Novak Djokovic menarik diri dalam bahagian lelaki.

Bekas jaguh Britain, Andy Murray, juga menjadi pemain terbaharu yang menarik diri pada awal Selasa selepas mengalami kecederaan.

Bekas pemain nombor satu dunia wanita, Serena Williams, menarik diri dari kejohanan pada Ahad lepas. — AFP

 ??  ?? DIYAS
DIYAS
 ??  ?? WILLIAMS
WILLIAMS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia