Utusan Borneo (Sarawak)

Gerrard terkejut Alexander digugurkan dari skuad untuk perlawanan Piala Dunia 2022

-

LONDON: Bekas pemain tengah England, Steven Gerrard, berkata beliau terkejut dengan keputusan jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate, menggugurk­an Trent Alexander-Arnold dari skuad untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan menggambar­kan pemain pertahanan kelab Liverpool itu sebagai “pemain pertahanan kanan tempatan terbaik di negara.”

Alexander-Arnold tidak tersenarai dalam skuad 26 pemain yang dikemukaka­n Southgate minggu lepas untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang San Marino, Albania dan Poland bulan ini.

Pemain berusia 22 tahun itu, yang dinamakan sebagai pemain pertahanan kanan terbaik dunia oleh FC 100 dari penyiaran ESPN tahun lepas, sering berada dalam skuad England sejak berada dalam skuad menjelang Piala Dunia 2018 tetapi Southgate berkata prestasiny­a menyebabka­n beliau hilang tempat.

Southgate mempunyai banyak pilihan di posisi pertahanan kanan dan menamakan Kyle Walker (Manchester City), Kieran Trippier (Atletico Madrid) dan Reece James (Chelsea) untuk perlawanan akan datang.

Gerrard, yang merupakan pengurus kelab Glasgow Rangers di Scotland, menghabisk­an 17 musim di Liverpool sebagai pemain dan berkata Alexander-Arnold memerlukan sokongan untuk kembali ke landasan.

“Saya fikir Trent adalah pemain pertahanan kanan tempatan terbaik di negara,” kata Gerrard.

“Satu perkara yang saya pelajari sebagai pemain ialah anda tidak dapat sentiasa mendapat markah 10 dari 10. Apabila anda hilang rentak, anda memerlukan sokongan, perhatian dan kasih sayang terutama sekali dari jurulatih berbanding orang lain.

“Jadi saya terkejut dengan keputusan itu tetapi ia hanya pandangan peribadi saya dan ia pandangan yang tidak penting. Gareth Southgate membuat keputusan di sini. Saya tidak perlu bersetuju dengan keputusan ini tetapi saya bukan jurulatih England.”

Dalam pada itu, Ben Chilwell berkata beliau berharap pertukaran ke posisi pertahanan sayap di Chelsea boleh meningkatk­an peluangnya untuk diletakkan dalam kesebelasa­n utama untuk perlawanan kelayakan bulan ini.

Chilwel menyerlah sejak di bawah kendalian pengurus baharu Chelsea, Thomas Tuchel, yang mengguna pakai formasi 3-5-2 dengan Chilwell bermain di posisi sayap pertahanan kiri berbanding posisi biasa pertahanan kiri.

“Jika anda melihat formasi pasukan England, formasi kami di Chelsea ketika ini memberikan peluang terbaik untuk bermain dalam skuad England,” kata Chilwell, yang turut disenaraik­an dalam skuad 26 pemain Southgate.

England melayani kunjungan San Marino hari ini sebelum bertandang ke Albania pada Ahad dan kemudian menentang Poland di tempat sendiri pada 31 Mac untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Chilwell juga berkata beliau tidak sabar untuk bersaing pemain Manchester United, Luke Shaw untuk satu tempat skuad England di Euro 2020 (tertangguh) pada bulan Jun ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia