Utusan Borneo (Sarawak)

CONMEBOL gesa FIFA lindungi anggota persekutua­nnya selepas penangguha­n perlawanan

-

ASUNCION: CONMEBOL, badan induk bola sepak Amerika Selatan pada Selasa menggesa badan induk bola sepak dunia (FIFA) untuk melindungi anggota persekutua­nnya selepas penangguha­n pusingan terbaharu perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 kerana sekatan pergerakan ekoran COVID-19.

Ada dua pusingan perlawanan kelayakan untuk Zon CONMEBOLmi­ngguinitet­api FIFA menangguhk­annya.

Ini kerana beberapa kelab di Eropah mengancam untuk tidak melepaskan pemain mereka kerana bimbang dengan peraturan kuarantin COVID-19 dan kerana itu menyebabka­n mereka terlepas perlawanan bersama kelab.

Pengurus Manchester City dan pengurus Liverpool, Jurgen

Klopp, ada mengancam untuk menghalang pemainnya untuk pulang ke negara masing-masing jika mereka diwajibkan menjalani kuarantin sebaik sahaja kembali ke England.

“Kami meminta presiden (Gianni) Infantino dan FIFA untuk terus berusaha untuk melindungi persatuan dan bola sepak kami,” kata presiden CONMEBOL, Alejandro Dominguez semasa kongres tahunan persekutua­n itu di Paraguay pada Selasa.

“Kami adalah satu-satu persekutua­n di dunia yang mengekalka­n format kelayakann­ya dan ia kerana kami mematuhi cogan kata “peraturan jelas” dan kerana itu kenapa kami faham perlawanan harus ditentukan dalam padang permainan,” tambah Dominguez.

Bagaimanap­un, Infantino, yang turut menyertai pertemuan itu secara maya, berkata ia adalah sukar untuk mencari satu penyelesai­an untuk menyaingi kepentinga­n di antara bola sepak Eropah dan Amerika Selatan.

“Kita harus bersetuju dengan kalendar bola sepak antarabang­sa di masa hadapan dalam beberapa bulan akan datang, pada tahun hadapan dan di sini, ia jelas bahawa benua ini mempunyai tradisi sejarah bahawa Amerika Selatan akan memainkan peranan penting,” kata Infantino.

Bagaimanap­un, beliau menambah bahawa “ia adalah perbalahan harian presiden persekutua­n, presiden gabungan bola sepak dan presiden FIFA.”

Semua 10 negara di Amerika Selatan mengekalka­n kerajaan Britannia Raya (UK) dalam senarai negara yang mewajibkan protokol kawalan pergerakan.

Pemain berpusat di UK yang kembali dari negara asal mereka perlu menjalani kuarantin 10 hari dan ini bermakna mereka mungkin terlepas tiga perlawanan di peringkat kelab.

Negara lain seperti Perancis, juga mengguna pakai peraturan perjalanan sama yang akan memberi kesan kepada pemain yang kembali semula ke Perancis.

Dan seorang lagi tetamu kongres, Aleksander Ceferin, presiden badan induk bola sepak Eropah (UEFA), menyuaraka­n keinginan untuk mencari satu penyelesai­an yang sesuai untuk semua pihak.

“Situasinya sangat sukar tetapi pada pandemik ini semakin berakhir,” kata beliau.

“Ada kerjasama baik di antara UEFA dan CONMEBOL. Kerana itu kenapa kita bersatu dan kenapa kita tahu bahawa kita boleh bangkit dari semua ini dengan sedikit kekecewaan.”

Keputusan CONMEBOL menangguhk­an dua pusingan perlawanan kelayakan telah mewujudkan masalah untuk rantau itu melengkapk­an program kelayakan menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ia sudah menangguhk­an empat perlawanan pertama di awal penularan pandemik.

Brazil ketika ini berada di tangga teratas kumpulan kelayakan selepas memenangi empat perlawanan pertama sementara Argentina tidak jauh ketinggala­n di belakang selepas tiga kemenangan dan sekali seri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia