Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk kampung, pekerja ladang selamatkan Rumah Brain

-

MIRI: Kepantasan penduduk kampung yang dibantu pekerja Ladang Saremas dengan menggunaka­n 36 unit alat pemadam api berjaya menyelamat­kan Rumah Brain di Ulu Suai, Batu Niah dekat sini daripada musnah dijilat api dalam kebakaran, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, kebakaran hanya memusnahka­n sebuah bilik dapur di rumah panjang 28 pintu tersebut.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kebakaran kirakira jam 9.18 malam.

“Kejadian disedari isteri pemilik rumah yang terdengar bunyi salakan anjing lalu pergi memeriksa dan mendapati bahagian dapur sedang terbakar dan beliau terus menjerit meminta bantuan.

“Tidak lama kemudian seluruh penghuni rumah panjang datang membantu membuka siling bumbung dan melawan api berkenaan dari pelbagai sudut sambil meminta bantuan dari Ladang Saremas dan penduduk rumah panjang di sekitar dalam lingkungan tiga kilometer terus datang membantu apabila mendapat berita berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Law berkata, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kematian, manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian dialami masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Law mewakili JBPM mengucapka­n tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang turut membantu penduduk melawan dan memadam kebakaran yang hampir memusnahka­n rumah panjang tersebut.

Sementara itu, rumah panjang tersebut yang dihuni 191 orang pernah mengikuti program keselamata­n kebakaran anjuran bersama bomba dan Saluran Paip Gas SabahSaraw­ak (SSGP) Petronas pada 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia