N. Sembilan kenal pasti empat lokasi denai sungai tarikan pelancong baharu
PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan mengenal pasti empat lokasi denai sungai untuk dijadikan sebagai tarikan baharu pelancongan negeri di bawah Program Denai Kebangsaan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, empat denai sungai berkenaan terletak di Kuala Pilah, Tampin, Jempol dan Rembau melibatkan satu kilometer setiap daerah.
“Pada mulanya kami mencadangkan 10 kawasan tapi kami mendapat empat lokasi itu...ini merupakan projek Kerajaan Persekutuan jadi kerajaan negeri menyambut baik dan kami akan bermula di kawasan tersebut.
“Pembinaan denai sungai ini dicadangkan merangkumi pembinaan laluan pejalan kaki, laluan berbasikal dan infrastruktur yang boleh dimanfaatkan bagi penggunaan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas program perasmian Hari Air Sedunia Peringkat Negeri
Sembilan Tahun 2021 di sini, kelmarin.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Dr Razali Ab Malek dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.
Aminuddin berkata, sehingga kini denai sungai sedia ada di negeri ini sepanjang 52.23 kilometer.
Sementara itu, mengenai projek Pelaburan Antarabangsa
Kuala Linggi (KLIP) bernilai RM15 bilion beliau berkata kerjaan negeri telah menghantar surat kepada kerajaan negeri Melaka bagi memperhalusi semula projek berkenaan sebelum mempersetujui perkara tersebut.
Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah atau halangan berkenaan projek berkenaan sekiranya ia dilaksanakan di negeri Melaka.
“Kami tidak mempunyai