Utusan Borneo (Sarawak)

BERSAMA PULIHKAN EKONOMI NEGARA: PM

Rakyat diminta bersatu, sokong kerajaan sedia ada demi kestabilan pentadbira­n

- Oleh Rusnan Mustafa

Saya melihat ada cahaya di hujung terowong sepanjang tahun ini, saya jangkakan ekonomi negara kita akan pulih semula pada (pertumbuha­n)

6.5 sehingga 7 peratus.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

KOTA SAMARAHAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar rakyat kekal bersatu menyokong kerajaan yang sedia ada dalam memastikan ekonomi negara kembali pulih seperti biasa.

Beliau memberitah­u, pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu akibat penularan pandemik COVID-19, ekonomi negara telah menguncup -17 peratus.

Jelasnya, keadaan itu telah mengakibat­kan negara mengalami kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari sepanjang tempoh PKP.

“Namun, pada akhir tahun lalu, ekonomi negara berkembang kepada -5 peratus.

“Saya melihat ada cahaya di hujung terowong sepanjang tahun ini, saya jangkakan ekonomi negara kita akan pulih semula pada (pertumbuha­n) 6.5 sehingga 7 peratus,” katanya ketika berucap pada Program Perjumpaan Masyarakat Samarahan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Kata Muhyiddin, kerajaan telah mengumumka­n pelbagai pakej bantuan bernilai

RM300 bilion bagi membantu golongan yang terkesan dan keadaan kini beransur pulih dengan hampir 100 peratus sektor ekonomi sudah dibuka semula kecuali beberapa sektor seperti pelanconga­n.

Tambahnya, pentadbira­n negara juga perlu kukuh dan tidak diganggu agar kerajaan boleh memberikan sepenuh tumpuan terhadap usaha membantu rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Sarawak agar meneruskan sokongan kepada kerajaan persekutua­n sedia ada bagi membolehka­nnya terus membantu negeri tersebut untuk mencapai wawasannya menjadi sebuah negeri maju pada 2030.

“Untuk menjayakan usaha itu kita perlukan sokongan daripada rakyat bagi membantu supaya situasi yang telah kita lihat bertambah baik akan kekal baik.

“Dan untuk menentukan perkara itu berada di situasi yang baik, kita memerlukan situasi politik yang stabil, telah disebut memang saya berhadapan dengan situasi politik yang kurang stabil, bukan saya mahu begitu tetapi saya cuba uruskan apa yang terbaik, setidak-tidaknya dalam keadaan sukar ini pentadbira­n kerajaan tidak terganggu kerana kesannya kepada rakyat adalah amat besar.

“Kita harus memastikan kerajaan dapat menyampaik­an khidmat dan kepentinga­n rakyat secara berterusan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau tersentuh dengan kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menyatakan sokongan padu terhadapny­a dalam mentadbir kerajaan di peringkat persekutua­n.

“Saya ucapakan terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana bersamasam­a menyokong usaha kerajaan pusat dan saya bagi jaminan sekali lagi di sini, dengan itu kita akan membantu sedaya upaya kita untuk menentukan hala tuju baharu yang telah digariskan kerajaan negeri untuk membangunk­an Sarawak dalam tempoh 10 tahun untuk menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030 akan tercapai.

“Saya yakin di bawah pimpinan Abang Johari yang didukung sahabatsah­abat GPS dan pemimpin masyarakat di semua peringkat, maka cita-cita kita untuk melihat negeri Sarawak menjadi negeri maju akan dimakbulka­n,” ujarnya.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, barisan menteri kabinet negeri, ahli-ahli parlimen dan tetamu kehormat lain.

 ??  ??
 ?? — Gambar Penerangan ?? MESRA: Muhyiddin bersama Noorainee sempat meluangkan masa swafoto bersama masyarakat Samarahan.
— Gambar Penerangan MESRA: Muhyiddin bersama Noorainee sempat meluangkan masa swafoto bersama masyarakat Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia