Utusan Borneo (Sarawak)

PM NIKMATI SARAPAN PAGI MI KOLOK HAJI SALLEH

-

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman awal pagi semalam berpeluang menikmati hidangan Mi Kolok Haji Salleh yang pernah disebutnya sebagai contoh perusahaan kedai makan semasa pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), tahun lalu.

Meneruskan hari kedua lawatan kerja beliau di Sarawak, Muhyiddin berkesempa­tan menyantuni rakyat di Restoran Sepinang Sari, Jalan Satok, di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan dif-dif kehormat lain.

Majlis santai berlangsun­g dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang mana Muhyiddin mendaftar masuk premis dengan mengimbas aplikasi MySejahter­a dan suhu badan.

Beliau kemudianny­a menandatan­gani plak lawatan kedai, diikuti penyerahan cenderamat­a oleh pemilik kedai, Salleh Reduan sebagai tanda kenang-kenangan.

Beliau dan isteri turut menyaksika­n demonstras­i penyediaan mi kolok.

Kafe Sepinang Sari yang telah beroperasi hampir 26 tahun di lokasi sama turut tersenarai sebagai kedai makan wajib dikunjungi oleh penggemar makanan tempatan di platform media sosial seperti Kuching Food Critics.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran pengamal media serta individu berpengaru­h iaitu pencipta video pendek berunsur nasihat awam Ngek Tsai, atlet bina badan Sarawak juga Pensyarah UiTM Sarawak Dr Melvern Abdullah dan Ratu Cantik Miss Malaysia 2018 Larissa Ping.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TERBAIK: Muhyiddin (dua kiri) merakamkan kenangan bersama pemilik kedai, Salleh (dua kanan), Abang Johari (kanan) serta yang lain.
— Gambar Penerangan TERBAIK: Muhyiddin (dua kiri) merakamkan kenangan bersama pemilik kedai, Salleh (dua kanan), Abang Johari (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia