Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta api terbabas di Taiwan, empat maut

Empat gerabak rosak teruk, sekurang-kurangnya 15 penumpang cedera dikejarkan ke hospital

-

TAIPEI: Sebuah kereta api yang penuh dengan penumpang tergelinci­r dari landasan di dalam sebuah terowong di timur Taiwan semalam dengan pihak berkuasa mengesahka­n sekurang-kurangnya empat penumpang yang kelihatan telah meninggal dunia ketika anggota penyelamat tiba.

“Kira-kira empat orang sudah tidak bernyawa,” kata Pusat Operasi Kecemasan Tengah dalam satu kenyataan, sambil menambah anggota penyelamat sedang cuba untuk memasuki empat gerabak di dalam terowong yang mengalami kerosakan teruk dan sukar untuk dimasuki.

Satu rakaman ringkas video yang dikeluarka­n oleh pusat itu di dalam terowong menunjukka­n anggota penyelamat tiba di tempat kejadian dan sebuah pintu gerabak yang terpintal.

Sekurang-kurangnya 15 penumpang yang cedera sudah dikejarkan ke hospital, tambah pusat tersebut.

Pentadbira­n Kereta Api Taiwan mengemukak­an satu kenyataan berasingan, memetik jabatan bomba tempatan, berkata “ramai yang tiada tanda-tanda masih bernyawa”.

Kemalangan berlaku di landasan kereta api timur Taiwan pada kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan berhampira­n bandar pantai Hualien.

Kereta api dengan lapan gerabak itu sedang dalam perjalanan dari Taipei ke bandar tenggara Taitung dan membawa kira-kira 350 penumpang, menurut pusat penyelamat.

Kemalangan itu berlaku pada permulaan perayaan tahunan Pembersiha­n Kubur, satu cuti hujung minggu yang panjang ketika jalan raya dan perkhidmat­an kereta api Taiwan selalunya sesak.

Landasan kereta api timur

Taiwan selalu menjadi tarikan pelancong yang terkenal menyusuri tepian pantai timur yang dramatik dan kurang didiami penduduk.

Dengan bantuan beberapa terowong dan jambatan, ia melakukan perjalanan­nya melalui gunung-ganang dan gaung yang dramatik sebelum melalui Lembah Huadong. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? BANTU: Gambar serahan Palang Merah Taiwan menunjukka­n anggota penyelamat membantu mangsa selepas kereta api tergelinci­r dari landasan di Hualien, timur Taiwan semalam.
BANTU: Gambar serahan Palang Merah Taiwan menunjukka­n anggota penyelamat membantu mangsa selepas kereta api tergelinci­r dari landasan di Hualien, timur Taiwan semalam.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia