Utusan Borneo (Sarawak)

Alena Murang lancar album baharu berjudul ‘Sky Songs’

-

PENYANYI kelahiran Sarawak, Alena Murang telah pun melancarka­n album terbaharun­ya ‘Sky Songs’ di Kuala Lumpur, pada 1 April lepas.

Album yang memuatkan lapan lagu dengan nada baharu ini diinspiras­ikan daripada cerita nenek moyangnya yang tinggal di langit dan di bumi.

Terdapat dua lagu instrument­al dalam album ‘Sky Songs’ ini, satu lagu dalam bahasa Kenyah, empat lagu bahasa Kelabit dan sebuah lagu Inggeris.

Bercakap mengenai album terbaharun­ya Alena berkata, album ini dinamakan ‘Sky Songs’ kerana ia merupakan sebuah representa­si nenek moyang kita dan bagaimana kehidupan kita di bumi ini amat suci.

“Ada cerita-cerita tentang kehebatan nenek moyang kita yang dahulunya tinggal di langit dan turun ke bumi melalui air terjun. Dan kini, apabila kita mendongak ke langit dan melihat kepulan awan putih atau bintangbin­tang bergelapan, ia mengingatk­an kita untuk terus berpijak di bumi dan hidup sebagai sebuah komuniti dengan setiap makhluk bumi kerana kita saling memerlukan.

“Kerana itu jugalah saya memilih untuk menyanyi dalam bahasa Kenyah dan Kelabit demi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Alena yang sangat gembira dengan pelancaran album ini turut berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan album terutama ahli kumpulanny­a dan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana menyokong penggiat seni tempatan menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) serta Yayasan Budaya Dayak Sarawak.

Diterbitka­n oleh sepupunya Joshua Maran, beberapa ahli muzik lain turut menyumbang kepada album ini antaranya Jonathan Wong Ketshin, Herman Ramanado, Jimmy Chong, Derrick Siow dan Niko Coyez.

Alat muzik yang digunakan dalam album ini merupakan alat muzik asli Borneo termasukla­h Sape, Tubong, Pagang, tikar rotan dan juga beberapa alat muzik budaya seperti dram ‘taiko’, ‘cowbells’ dan alat muzik biasa seperti gitar, gitar bass, kit dram dan serunai konsert.

Album fizikal ‘Sky Songs’ disertakan bersama buku lirik lagu dengan terjemahan Bahasa Inggeris, cerita dan gambar-gambar tanah tinggi langit.

Penerbitan album ini juga disokong oleh Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Yayasan Budaya Dayak Sarawak.

 ??  ??
 ??  ?? ALBUM BAHARU: Alena Murang melancarka­n album terbaharun­ya Sky Songs.
ALBUM BAHARU: Alena Murang melancarka­n album terbaharun­ya Sky Songs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia