Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: DUA KEMATIAN, 217 KES BAHARU DI SARAWAK SEMALAM

-

KUCHING: Sarawak merekodkan dua kematian melibatkan jangkitan COVID19 semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n kematian meningkat kepada 112 kes.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan semalam berkata, kes kematian ke-111 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berusia 51 tahun yang telah dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Bintulu kerana mengalami sesak nafas.

“Keputusan ujian saringan rT-PCR COVID-19 adalah positif pada 1 April 2021.

“Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama,” katanya sambil menambah, kes mempunyai ko-morbid penyakit buah pinggang tahap akhir, kencing manis, darah tinggi dan penyakit hati.

Kes kematian ke-112 katanya, merupakan kes ke-11,466 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berusia 79 tahun yang telah dimasukkan ke pusat kuarantin.

“Ujian saringan kontak rapat dengan ujian rT-PCR adalah positif pada 8 Mac 2021.

“Kes telah mendapat rawatan di Hospital Sibu, namun keadaan kesihatan kes merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 2 April 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidem­ia,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, JPBNS semalam memaklumka­n Sarawak mencatatka­n 217 kes baharu positif COVID-19 yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kes meningkat kepada 16,845 kes.

Menurutnya, Bintulu merekodkan kes tertinggi

COVID-19 dengan 74 kes diikuti Sibu (46), Miri (30), Kuching (28), Julau (10), Meradong (5), Samarahan (5), Mukah (3), Saratok (3), Serian (2), Beluru (2), Kanowit (2), Marudi (2), Matu (2), Betong (1), Sarikei (1) dan Lubok Antu (1).

“Daripada 217 kes baharu yang dilaporkan, seramai 25 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Seramai 123 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan,” katanya lagi.

JPBNS menambah, terdapat 193 kes pulih dan dibenarkan discaj iaitu 61 kes dari Hospital Miri (61), Hospital Bintulu (44), Hospital Sibu (34), Hospital Sarikei (17), Hospital Umum Sarawak (17), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di bawah Hospital Kapit (13), PKRC Betong (3), PKRC Mukah (2), PKRC Serian (1) dan Hospital Limbang (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID19

yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 14,019 orang atau 83.22 peratus dari jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak.

“Hari ini (semalam) juga, seramai 256 individu yang disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiga yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” jelasnya sambil menambah, jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,659 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia