Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK ‘WILAYAH’ HEBAT: PM

Muhyiddin lebih memilih rujuk Sarawak sebagai ‘wilayah’ berbanding sebuah negeri.

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, beliau lebih memilih untuk merujuk Sarawak sebagai ‘wilayah’ berbanding sebuah negeri.

Berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Pemimpin Masyarakat di sini, Muhyiddin berkata beliau amat bangga memanggil Sarawak sebagai ‘wilayah.’

“Mulai sekarang, kita jangan lupa bahawa Sarawak adalah wilayah.

“Saya berasa Sarawak adalah sebuah wilayah yang hebat dan kita tidak boleh mengatakan ia sebuah negeri kerana Sarawak besar, walaupun pendudukny­a tidak banyak,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta menteri-menteri kabinet negeri dan persekutua­n.

Malahan kata Muhyiddin, Sarawak harus menjadi contoh kerana perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai kaum dan agama, tetapi dapat hidup aman dan damai.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyatakan komitmen kepada Sarawak dengan menyokong sepenuhnya wawasan serta hala tujunya ke arah negeri maju menjelang tahun 2030.

Beliau percaya dengan kepimpinan Abang Johari sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), kerajaan GPS akan kembali menjadi pemerintah yang lebih kuat pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Muhyiddin berkata, beliau tidak ragu-ragu dengan GPS akan terus memerintah negeri ini memandangk­an mereka mempunyai jentera yang memahami sentimen di lapangan.

“Saya mahu apabila tiba masanya (pilihan raya) dapat dijalankan nanti, sama ada di peringkat persekutua­n mahupun negeri, harapan kita rakyat akan menghargai usaha kita.

“Rakyat akan terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan PN dan gabunganny­a termasuk GPS,” katanya.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyifatka­n Sarawak sebagai ‘penyelamat’ kepada kestabilan negara ketika krisis politik setahun lalu.

Justeru katanya, beliau amat berterima kasih dan mengiktira­f sumbangan GPS di bawah kepimpinan Abang Johari.

“Pada ketika saya memerlukan sokongan dan bantuan, GPS di bawah pimpinan Abang Jo (Abang Johari) tampil menyelamat­kan keadaan… Sarawak telah menyelamat­kan situasi (krisis politik).

“Saya percaya apa dilakukan mereka ini bukan kerana memikirkan soal saya menjadi Perdana Menteri, tetapi kerana krisis yang tidak diduga dan dalam keadaan negara tidak menentu, di mana sokongan mereka menyelamat­kan negara.

“Sumbangan pimpinan Sarawak untuk menegakkan sebuah kerajaan amat diperlukan dan stabil dan ia sumbangan besar sekali,” katanya.

Malahan kata Muhyiddin, sumbangan itu juga bukan sematamata untuk dirinya atau parti BERSATU, tetapi demi memulihkan kestabilan negara.

Katanya, semasa dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau terpaksa menghadapi cabaran yang sangat besar bukan sahaja situasi politik tidak menentu, tetapi juga krisis keselamata­n iaitu pandemik COVID-19 yang melanda negara.

“Namun saya perlu memikul tanggungja­wab dan amanah yang diberikan rakyat ini agar ada tempoh kekalan (PM) dalam jangka waktu tertentu sehingga situasi kembali kepada sedia kala,” katanya.

Namun katanya, apa yang penting kini ialah isu kemanusiaa­n dan bukan politik semata-mata yang mana beliau sendiri akan turun padang mendengar luahan rakyat termasuk di Sarawak.

Muhyiddin berkata, ia juga bukan berkaitan perebutan kuasa, sebaliknya kemanusiaa­n yang mana kerajaan harus memulihkan ekonomi, sosial dan gaya hidup rakyat yang mana rata-ratanya terjejas akibat COVID-19.

“Rakyat sudah muak perbuatan sesetengah ahli politik yang memikirkan hal kuasa, kedudukan, jawatan dan sebagainya.

“Malah ada yang menyatakan kenapa saya tidak menyangkal dakwaan sesetengah pihak, saya tahu semua itu tetapi soal pertama kepada saya adalah rakyat iaitu menjaga masalah kebajikan rakyat yang harus diutamakan,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari dalam ucapannya berkata, kerajaan GPS komited untuk membantu kerajaan persekutua­n di bawah Perikatan Nasional (PN) dari sudut pentadbira­n negara.

“Setakat ini, GPS iaitu terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) bersama sehaluan untuk meneruskan kestabilan negara.

“Ini kerana apabila keadaan aman dan damai, kami juga dapat membantu kerajaan pusat dari sudut pentadbira­n negara serta terlibat dalam dasar inklusif kerajaan,” katanya.

 ?? — Gambar Penerangan ?? SEIA SEKATA: Muhyiddin menunjukka­n tanda salam kepada pemimpin
parti politik yang hadir pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Pemimpin Masyarakat di Kuching, semalam. Turut kelihatan Abang
Johari (belakang, dua kiri) dan Timbalan Ketua Menteri
Tan Sri Datuk Amar James Masing (belakang, kiri).
— Gambar Penerangan SEIA SEKATA: Muhyiddin menunjukka­n tanda salam kepada pemimpin parti politik yang hadir pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Pemimpin Masyarakat di Kuching, semalam. Turut kelihatan Abang Johari (belakang, dua kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing (belakang, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia