Utusan Borneo (Sarawak)

PN akan beri sokongan penuh demi kemenangan besar GPS

Elak perpecahan, isu kerusi kepada BERSATU adalah soal kedua: PM

- Oleh Agnes Tugong

Yang penting tidak ada perpecahan. Ada kerusi, tidak ada kerusi itu soal kedua, yang penting kita akan tentukan kemenangan besar GPS yang ada di Sarawak ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

KUCHING: Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberi sokongan penuh bagi memastikan kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Bercakap pada sidang media selepas lawatan Projek Naik Taraf Hospital Umum Sarawak semalam, Muhyiddin berkata apapun situasi PN di Sarawak, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS akan memberi sokongan penuh kepada GPS.

“Yang penting tidak ada perpecahan. Ada kerusi, tidak ada kerusi itu soal kedua, yang penting kita akan tentukan kemenangan besar GPS yang ada di Sarawak ini.

“Jadi yang mustahak ialah mendapatka­n sokongan padu daripada pengundi supaya kerajaan negeri dapat dibentuk semula atau lebih banyak kerusi dapat dimenangi,” katanya.

Ditanya adakah BERSATU akan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian yang disandang Datuk Ali Biju, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, ia terserlah kepada budi bicara Ketua Menteri dan pimpinan di Sarawak untuk buat keputusan.

“Apapun kita akan bincang. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara itu. Kalau ada masa nanti kita akan cuba bincangkan perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin berkata beliau secara peribadi akan membantu kepimpinan GPS di Sarawak untuk mencapai kejayaan dalam PRN yang akan datang.

Beliau turut berjanji akan memberi kerjasama kerana kesalinghu­bungan ini amat penting dan contoh kerjasama politik yang sudah terjalin antara kerajaan persekutua­n PN dan kerajaan GPS adalah contoh terbaik.

Justeru, beliau berharap kerjasama politik yang baik ini dapat ditingkatk­an lagi demi kemajuan rakyat di seluruh negara dan khususnya di Sarawak ini.

Mengenai lawatan dua harinya di negeri ini, Muhyiddin berkata beliau kini dapat memahami dengan lebih baik apa keperluan rakyat di Sarawak yang perlu diberi perhatian.

Beliau turut yakin di bawah kepimpinan Ketua Mentyeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan hubungan rapat dengan kerajaan persekutua­n di bawah pimpinanny­a negeri Sarawak diyakini dapat mencapai kemajuan yang lebih pesat dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Saya telah dapat berbincang panjang lebar dengan Ketua Menteri dan rakanrakan jemaah menteri di peringkat Sarawak. InsyaAllah apa yang sewajarnya akan kita bantu untuk pembanguna­n negeri ini.

“Saya faham ada perkara-perkara utama yang akan diberikan perhatian di Sarawak ini dan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kita akan ambil kira terutama dari segi infrastruk­tur fizikal Lebuh Raya Pan Borneo dan infrastruk­tur maya akan dipercepat­kan,” katanya.

Muhyiddin turut yakin rakyat negeri ini cukup berpuas hati dan akan terus beri sokongan padu kepada kepimpinan sedia ada di negeri ini.

Hadir sama Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta yang lain.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SOKONGAN PADU: Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas lawatan Projek Naik Taraf Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon SOKONGAN PADU: Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas lawatan Projek Naik Taraf Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia