Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada halangan untuk Sarawak beli sendiri vaksin COVID-19

-

KUCHING: Kerajaan pusat tidak ada halangan untuk Sarawak membeli bekalan vaksin COVID-19 sendiri bagi memenuhi keperluan vaksin di negeri ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara ini sudah dibincangk­an lebih awal dalam mesyuarat sidang Majlis Keselamata­n Negara (MKN) COVID-19 yang dipengerus­ikan beliau.

“Pada dasarnya kita tidak ada halangan dan lagi banyak usaha dibuat kerajaan negeri ia mempermuda­hkan usaha kerajaan pusat yang sekarang ini menguruska­n COVID-19 juga.

“Persoalann­ya, sama ada boleh mereka (Sarawak) memperoleh bekalan itu atau tidak. Ini yang saya kira bukan perkara mudah. Bukan sahaja negeri tetapi ada negara pun belum dapat bekalan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan Projek Naik Taraf Hospital Umum Sarawak di sini semalam.

Tambah Muhyiddin, kerajaan telah berjanji semua rakyat dan bukan rakyat di Malaysia akan diberikan suntikan percuma yang mana sedang dilaksanak­an.

Sebab itu katanya, sejak awal lagi beliau mengarahka­n menteri-menteri bertanggun­gjawab Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Adham Baba segera berunding harga sesuai untuk bekalan vaksin ini.

“Ini telah dapat kita atasi dan jumlah bekalan yang kita akan dapat ini hampir 150 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia,” katanya.

Mengenai tambahan vaksin untuk Sarawak, Muhyiddin berkata perkara ini juga ada dibincangk­an dalam lawatan dua harinya ke negeri ini.

Satu daripadany­a adalah untuk menyegerak­an pemberian vaksin di kawasan

Merah jangkitan COVID-19 di negeri ini.

“Itu pada dasar di peringkat Jawatankua­sa COVID-19 Kebangsaan, kita telah setuju. Soalannya adalah bekalan yang disampaika­n tidak datang sekali gus jadi kita perlu hantar ikut fasa.

“Jika pembekal lambat, penghantar­an bekalan juga lambat dan kita juga perlu lihat keperluan di negeri-negeri yang lain,” ujarnya.

Terdahulu ketika lawatan tersebut, Muhyiddin serta rombongan yang lain diberi taklimat mengenai Projek Naik Taraf Hospital Umum Sarawak oleh Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Bercakap mengenai projek tersebut ia melibatkan pembinaan Blok Pusat Rawatan Harian (DCC), Blok Meditel dan Blok Tempat Letak Kereta Bertingkat dengan kos berjumlah RM351 juta.

Pusat rawatan harian ini akan menempatka­n sejumlah 64 katil, tujuh dewan bedah, tiga Endoscopy Room serta satu Endoscopic Retrograde Cholangiop­ancreatogr­aphy Room.

Dijangkaka­n anggaran seramai 100 pesakit akan dapat dirawat sehari di pusat rawatan harian yang baharu ini.

Justeru, ini akan dapat membantu Hospital Umum Sarawak (HUS) mengurangk­an tunggakan kes rawatan yang dapat dilaksanak­an secara jagaan harian.

Projek ini bagaimanap­un mengalami kelewatan akibat pandemik COVID-19 dan dijangka siap pada Jun 2021.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SERBA BAHARU: Muhyiddin melawat Pusat Rawatan Harian yang dibina baharu di Hospital Umum Sarawak semalam. Turut kelihatan Abang Johari (dua kiri).
— Gambar Chimon Upon SERBA BAHARU: Muhyiddin melawat Pusat Rawatan Harian yang dibina baharu di Hospital Umum Sarawak semalam. Turut kelihatan Abang Johari (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia