Utusan Borneo (Sarawak)

Muhyiddin jamin tuntutan Sarawak akan dipertimba­ng

Beberapa kemajuan dicapai oleh Majlis Khas MA63 pada mesyuarat pertama yang dipengerus­ikan beliau, 2 Dis 2020

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan semua tuntutan Sarawak akan dipertimba­ngkan secara adil dan saksama selaras dengan Perlembaga­an Persekutua­n dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Berucap pada Majlis Jamuan Negeri di Dewan Santapan Bangunan DUN di sini malam kelmarin, Muhyiddin berkata beberapa kemajuan telah dicapai oleh Majlis Khas MA63 pada mesyuarat pertama yang dipengerus­ikan beliau pada 2 Disember 2020.

Antara perkara yang diputuskan ialah pewujudan tiga Jawatankua­sa Kerja baharu iaitu Jawatankua­sa Kerja Rakan Sekutu, Jawatankua­sa Kerja Keselamata­n Negeri Sabah dan Sarawak dan Jawatankua­sa Kerja Sosioekono­mi.

“Terdapat beberapa cadangan yang melibatkan pindaan

Perlembaga­an Persekutua­n mengenai hak Sabah dan Sarawak yang telah diteliti oleh Jawatankua­sa Kerja Rakan Sekutu.

“Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal imigresen, pendaftara­n negara, kawalan sempadan, pendatang asing tanpa izin dan penceroboh­an nelayan asing dalam Zon Ekonomi Eksklusif telah dibincangk­an oleh Jawatankua­sa Kerja Keselamata­n Sabah dan Sabah.

“Selain itu, hal-hal yang berkaitan dengan pembanguna­n sosioekono­mi Sarawak seperti isu kemiskinan, infrastruk­tur jalan, kesihatan, pendidikan dan pemberian khas kepada Sarawak dibawa h Perkara 112 D Perlembaga­an Persekutua­n juga telah dibincangk­an oleh Jawatankua­sa Kerja Sosioekono­mi. Insya-Allah, ketigatiga jawatankua­sa kerja ini akan membentang­kan laporan serta syor-syor mengenai perkaraper­kara yang dibincangk­an di peringkat jawatankua­sa untuk diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Khas MA63 yang akan dipengerus­ikan saya minggu hadapan,” katanya.

Tambah Muhyiddin, beliau menaruh harapan yang tinggi agar isu-isu yang berbangkit dapat diselesaik­an dengan cara terbaik. Dengan itu katanya, hubungan antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan Sarawak akan kekal kukuh dan bertambah akrab demi kepentinga­n rakyat.

“Saya percaya rakyat Sarawak mahukan kestabilan demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati sepenuhnya.

“Oleh demikian saya telah memastikan keutamaan kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk menyelamat­kan nyawa rakyat apabila kita berdepan dengan wabak COVID-19 lebih setahun lalu. Selain itu, agenda pemulihan ekonomi juga menjadi keutamaan kerajaan PN pada ketika ini dan saya percaya bahawa rakan-rakan kabinet Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sedang bekerja dengan ikhlas dan bertanggun­gjawab untuk membantu rakyat berdepan dengan permasalah­an ekonomi akibat COVID-19,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Abang J oh ari Tun O pen g dalam ucapannya berkata, Sarawak akan terus menjaga negerinya sendiri dan pada masa yang sama mengesahka­n sokongan GPS kepada kerajaan persekutua­n.

“Kita menjaga kita sendiri kerana kita tahu apa yang kita perlu dan kita dapat selesaikan masalah kita dalam keluarga kita. Jika keluarga kita gembira maka keluarga besar Malaysia juga akan gembira,” katanya.

Abang Johari turut menghargai kepimpinan Muhyiddin bukan sajaha dalam menangani krisis pandemik COVID-19 di negara ini, tetapi juga menangani pertikaian antara rakan sekutu dalam Malaysia.

GPS katanya, mahukan kerajaan yang stabil supaya dapat menyelesai­kan apa sahaja isu yang dihadapi negara dan sebab itu, GPS akan memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

“Insya-Allah, ketiga-tiga jawatankua­sa kerja ini akan membentang­kan laporan serta syor-syor mengenai perkaraper­kara yang dibincangk­an di peringkat jawatankua­sa untuk diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Khas MA63 yang akan ” dipengerus­ikan saya minggu hadapan. Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

 ?? — Gambar Penerangan ?? KETIBAAN: Muhyiddin tiba bagi Majlis Jamuan Negeri di Dewan Santapan DUN Sarawak malam kelmarin diiringi Abang Johari (dua kiri) serta yang lain.
— Gambar Penerangan KETIBAAN: Muhyiddin tiba bagi Majlis Jamuan Negeri di Dewan Santapan DUN Sarawak malam kelmarin diiringi Abang Johari (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia