Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak vaksin akan dihantar ke Sarawak: PM

-

KOTA SAMARAHAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan lebih banyak vaksin COVID-19 akan dihantar ke Sarawak.

Menurutnya, beliau berjanji akan meminta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menghantar lebih banyak vaksin COVID19 ke negeri ini.

Jelas beliau, Sarawak telah melaksanak­an tugas dengan baik dalam menjayakan program vaksinasi di negeri ini.

“Semalam (Khamis) saya telah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di stadium tertutup (Stadium Perpaduan), tahniah anda (Sarawak) melakukann­ya dengan sangat baik, kita ucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kita.

“Insya-Allah saya berjanji apabila balik ke Kuala Lumpur saya akan memberitah­u menteri-menteri bertanggun­gjawab untuk segerakan menyampaik­an lebih banyak lagi vaksin ke Sarawak supaya rakyat di sini terhindar daripada wabak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perjumpaan Masyarakat Samarahan di Dewan Sri Samarahan, Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak di sini semalam.

Dalam pada itu, Muhyiddin menjelaska­n, sebanyak 180 PPV telah siap sedia bagi menguruska­n program vaksinasi di Sarawak.

Tambahnya, ini bagi membolehka­n 1.4 juta rakyat di Sarawak diberikan suntikan vaksin COVID-19.

Malah, beliau memberitah­u, kerajaan bersedia untuk berbelanja besar demi menyelamat­kan nyawa rakyat akibat penularan pandemik COVID-19 sekarang.

Tegasnya, situasi pandemik COVID-19 di negara ini memberi kesan buruk bukan sahaja kepada keselamata­n dan kesihatan rakyat tetapi dari segi kehidupan manusia.

“Kita terpaksa lakukan apa yang tidak pernah kita lakukan dalam sejarah negara kita.

“Kita terpaksa mencurahka­n sebanyak mungkin dana dan wang yang perlu untuk menentukan ada ubat untuk merawat, ada katil yang cukup untuk membolehka­n mereka yang telah terkesan dengan wabak ini dirawat dengan sebaik-baiknya, ada doktor yang cukup, kita lakukan bila mana pihak kementeria­n kesihatan memerlukan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, sebanyak RM7 bilion hingga RM8 bilion diperuntuk­kan untuk membantu urusan masalah COVID-19 di negara ini, tidak termasuk kos pembelian vaksin.

“Apa jua cara kita boleh membantu kita bantu agar jiwa rakyat kita tidak akan terkorban kerana setiap nyawa rakyat kita adalah sangat berharga dan saya tidak mahu melihat nyawa rakyat kita jadi korban akibat pandemik COVID-19 ini,” ujarnya.

Ekoran itu, katanya, kerajaan telah membuat tempahan vaksin dalam kuantiti yang besar kerana tidak mahu mengambil mudah nyawa rakyat.

“Alhamdulil­lah, kita sudah selesai rundingan dan telah dapat ikat kontrak (bekalan vaksin) 150 peratus daripada jumlah penduduk negara kita.

“Kenapa kita beli sampai 150 peratus kerana kita tidak tahu kalau semua sudah disuntik tetapi tidak memadai dan memerlukan suntikan lagi kalau tidak ada vaksin di waktu itu di mana kita hendak cari (bekalan vaksin),” jelasnya.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, barisan menteri kabinet negeri, ahli-ahli parlimen dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia