Utusan Borneo (Sarawak)

Terima kasih PM, pemimpin prihatin terhadap rakyat

-

KOTA SAMARAHAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan seorang pemimpin yang prihatin dan ambil berat tentang kebajikan rakyat.

Perkara itu diluahkan seorang penduduk Kampung Sindang Baru, Aris Johari, 74, yang memberitah­u beliau tidak menjangkak­an untuk menjadi antara individu yang menerima kunjungan Perdana Menteri dan isteri Datin Patinggi Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di kampung itu di sini semalam.

“Kali pertama saya melihat Perdana Menteri di depan mata, perasaan amat bangga dan terima kasih kerana beliau sudi datang ke rumah saya.

“Perdana Menteri Muhyiddin sememangny­a seorang pemimpin prihatin terhadap rakyat dan mempunyai keperibadi­an yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan itu sempena program Ziarah Prihatin di Kampung Sindang Baru di sini, semalam.

Turut mengiringi Perdana Menteri, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan tetamu kehormat lain.

Malah, Aris terkejut apabila beliau dimaklumka­n tentang rumahnya antara lokasi yang dilawati Perdana Menteri dalam lawatan rasminya dua hari di negeri ini.

“Saya terkejut sebaik sahaja diberitahu Perdana Menteri sudi datang ke rumah, saya bingung kerana ada orang besar mahu datang ke sini. Terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri kita,” tambahnya.

Perasaan yang sama turut dikongsi Mohd Azuwan Hassan, 26, dan ibunya, Selhah Slet, 68, yang juga merupakan antara penduduk

Kampung Sindang Baru yang dipilih sebagai lokasi program Ziarah Prihatin Perdana Menteri.

Azuwan yang kini melanjut pengajian di peringkat Sarjana Sains (Ekologi) berkata, Perdana Menteri seorang pemimpin berjiwa rakyat.

“Beliau seorang yang ambil berat tentang kebajikan rakyat, gembira dapat melihat depan mata sendiri Perdana Menteri,” katanya.

Tambahnya, kunjungan itu memberi semangat kepada beliau untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mengubah hidup dan nasib keluargany­a.

“Semangat untuk belajar itu berkobar-kobar dan berharap dapat menamatkan pengajian ini bagi membolehka­n saya membantu dan mengubah nasib ibu dan keluarga untuk kehidupan yang lebih baik lagi,” jelasnya.

 ??  ?? ARIS
ARIS
 ??  ?? AZUWAN
AZUWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia