Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan ragu kehadiran PN ke Sarawak

Sejajar kenyataan PM, ia adalah untuk membantu, bekerjasam­a dengan GPS: Jaziri

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Usah ragu kehadiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di negeri ini, tegas Pengerusi Badan Perhubunga­n PN Sarawak Senator Jaziri Alkaf A. Suffian.

Jelasnya, sejajar dengan ucapan Perdana Menteri sempena Majlis Perjumpaan Pemimpin Bersama Masyarakat di Hotel Waterfront semalam menyatakan kehadiran PN di Sarawak adalah untuk membantu dan bekerjasam­a dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Oleh itu, janganlah berasa ragu dan curiga dengan kehadiran PN di Sarawak dan percayalah kami akan tetap menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Abang Johari Tun Openg) dan membantu GPS sedaya upaya demi kelangsung­an rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, beliau yakin melalui kerjasama baharu yang lebih erat antara GPS dan PN ini mampu memacu Malaysia serta Sarawak ke arah yang lebih baik dan makmur untuk semua.

“Ini kerana setiap daripada kita, baik orang Melayu, Iban, Melanau, Orang Ulu, Cina mahupun India atau mana-mana etnik di negeri ini tidak boleh dibiarkan ketinggala­n dalam menikmati peluang pembanguna­n yang kita usahakan secara bersama sejak sekian lama.

“Saya yakin dengan dukungan padu GPS, kestabilan

Pengerusi Badan Perhubunga­n PN Sarawak

politik akan dapat dikekalkan dan pentadbira­n negeri akan dapat berjalan dengan lancar, terutamany­a dalam mengurus pandemik (COVID-19) yang sedang melanda kita pada waktu ini,” tambah Jaziri.

Dalam pada itu, beliau percaya rakan-rakan dalam kepemimpin­an negeri bahawa kerjasama dengan PN negeri ini juga mampu membawa kemakmuran yang dikecapi untuk diagihkan secara saksama agar hasrat untuk menjadi sebuah negeri yang aman, makmur dan sejahtera dapat direalisas­ikan.

“Oleh itu, saya amat berkeyakin­an bahawa kerajaan

Sarawak di bawah kepimpinan YAB Datuk Patinggi akan dapat terus berkhidmat kepada rakyat Sarawak dengan lebih baik terutama dalam melaksanak­an segala langkah dan usaha untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat serta menjamin kehidupan yang lebih aman, makmur dan sejahtera.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya nyatakan kepada YAB Ketua Menteri yang telah menyatakan sokongan padu GPS kepada kerajaan PN di peringkat persekutua­n selain menyokong kerjasama dengan kepimpinan Parti Peribumi Bersatu Negeri

Sarawak serta PN Sarawak yang turut disertai PAS,” ujarnya.

Pada masa sama, Jaziri melahirkan kesyukuran program lawatan rasmi Perdana Menteri di Sarawak berjalan lancar.

Jelasnya, lawatan ini sungguh bermakna kerana merupakan lawatan rasmi beliau yang pertama sejak dilantik menjadi Perdana Menteri lebih setahun yang lalu, walaupun pernah melawat Sibu untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia pada 16 September tahun lalu.

“Sesungguhn­ya lawatan Perdana Menteri ini yang kita rakyat Sarawak lebih senang memanggil beliau dengan nama ‘Tok Abah’ telah membuka ruang untuk merapatkan hubungan dan kerjasama antara GPS dan PN sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Ketua Menteri di atas kepimpinan beliau yang saya percaya telah berjaya membawa Sarawak ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang,” tambahnya.

Oleh itu, janganlah berasa ragu dan curiga dengan kehadiran PN di Sarawak dan percayalah kami akan tetap menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Abang Johari Tun Openg) dan membantu GPS sedaya upaya demi kelangsung­an rakyat negeri ini.

Senator Jaziri Alkaf A. Suffian

 ??  ?? JAZIRI
JAZIRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia