Utusan Borneo (Sarawak)

PDP tubuh Biasiswa Tabung Pendidikan bantu pelajar lanjut pengajian di China

-

SIBU: Parti Demokratik Progresif (PDP) menubuhkan Biasiswa Tabung Pendidikan PDP bagi membantu pelajarpel­ajar yang melanjutka­n di institusi pengajian tinggi di China.

Pengerusi Jawatankua­sa Biasiswa Tabung Pendidikan PDP Kaunselor Teo Boon Siew berkata permohonan biasiswa itu terbuka kepada semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dengan memenuhi syarat untuk kriteria ditetapkan.

“Tujuannya adalah untuk mempromosi­kan program pendidikan Sarawak dan China seiring dengan ‘Belt and Road Initiative’ bagi membantu anak-anak merealisas­ikan impian mereka belajar di China,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama Setiausaha, Kaunselor Joshua Ting, ahli jawatankua­sa, Yii Suok Ming dan Ling Wei Li.

Teo berkata, melalui jawatankua­sa baharu ditubuhkan terdiri ahli akademiki tempatan, mereka berharap dapat menghubung­kan kerjasama persahabat­an antara Sarawak dan China dengan lebih erat dalam mempromosi­kan pendidikan Cina.

Menurutnya, mereka menandatan­gani perjanjian dengan lima universiti di China untuk menerima pelajar terbabit.

Lima universiti tersebut ialah Northeast Forestry University di Harbin, South China University of Technology di Guangzhou, Nankai University dan Tianjin University di Tianjin Beijing Institute of Technology di Beijing.

Pengerusi PDP Dudong itu berkata, Northeast Forestry

University adalah universiti perhutanan terbesar di China dan empat universiti lain adalah antara 20 teratas di China.

Beliau berkata, taraf pendidikan ditawarkan di universiti di China tinggi dengan kos sara hidup dan penginapan sangat berpatutan.

“Selain itu, yuran pengajian jauh lebih murah, sekitar RM12,000 hingga RM15,000 setahun berbanding dengan negara lain, pandamik COVID-19 di China terkawal,” katanya.

Sementara itu, Ting berkata, permohonan biasiswa pendidikan itu kini terbuka https://www.facebook.com/ PDPCentral­RegionSara­wak atau boleh menghubung­i pejabat PDP di talian 084325779 untuk maklumat lanjut.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mei 2021.

 ??  ?? PERMOHONAN DIBUKA: Teo (empat kanan), Ting (tiga kiri) serta ahli-ahli jawatankua­sanya pada sidang media Biasiswa Tabung Pendidikan PDP di Sibu semalam.
PERMOHONAN DIBUKA: Teo (empat kanan), Ting (tiga kiri) serta ahli-ahli jawatankua­sanya pada sidang media Biasiswa Tabung Pendidikan PDP di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia