Utusan Borneo (Sarawak)

PPKS Mukah adakan majlis graduasi secara temu janji

-

MUKAH: Bertepatan dengan keadaan semasa dan norma baharu, Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah akan mengadakan sesi graduasi secara temu janji.

Seramai 61 pelajar yang bergraduat tahun ini bakal diraikan melalui kaedah itu secara bergilir-gilir selama dua hari.

Pengurus Besar PPMS Mukah, Abdul Hafidz Ali berkata kaedah graduasi temu janji itu sesuai dengan suasana pandemik ketika ini namun masih dapat berasakan kemeriahan­nya.

“Prosedur operasi standard (SOP) ketat digunakan temu janji ini bagi setiap pelajar agar mereka selamat bergraduat termasuk berpeluang menggunaka­n jubah serta bergambar bersama keluarga,” katanya di sini semalam.

Ketika perjalanan sesi temu janji itu, graduat berpeluang menerima skrol dan transkrip sambil foto mereka dirakamkan oleh PPKS Mukah.

Abdul Hafidz juga memberi ucapan selamat maju kepada semua graduan PPKS Mukah kerana berjaya menamatkan pengajian sekali gus bakal terus berjaya dalam bidang masingmasi­ng.

Sementara itu, beliau mempelawa lepasan sekolah khususnya mereka tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai bidang kemahiran yang ada di PPKS.

Antaranya ialah Program Pembuatan Pakaian Wanita dan program-program lain turut ditawarkan sehingga ke Tahap Tiga.

“Kemahiran satu bidang ketika ini mendapat pasaran tinggi selain menawarkan program nilai tambah bagi memperkuku­h kemahiran pelatih-pelatih khususnya di PPKS Mukah,” jelasnya.

PPKS Mukah sentiasa terbuka menerima pelajar baharu dan pengambila­n Jun 2021 telah dibuka secara berperingk­at.

 ??  ?? SANTUNI: Muhyiddin (dua kiri) bersama Abang Johari (kiri) dan Sajili (tiga kiri) ketika kunjungan tersebut.
SANTUNI: Muhyiddin (dua kiri) bersama Abang Johari (kiri) dan Sajili (tiga kiri) ketika kunjungan tersebut.
 ??  ?? ABDUL HAFIDZ
ABDUL HAFIDZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia