Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia perkenal kursus akuakultur mampan

-

MIRI: Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) akan menganjurk­an sesi webinar awam akuakultur dengan kerjasama Curtin University di Australia pada 6 April ini.

Sesi bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai industri akuakultur yang baru berkembang di Sarawak, selain pengenalan Sarjana Sains Akuakultur Mampan dalam bidang pengajian pascasiswa­zah pada Julai tahun ini.

Sesi webinar pertama bertajuk ‘Akuakultur di Sarawak: Cabaran dan Peluang’ akan diadakan melalui Cisco Webex mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari (UTC/GMT +8).

Mereka yang berminat boleh mendaftar di http://bit.ly/WebinarReg­isterAquac­ulture dan mengikuti siaran langsung di http://bit.ly/ Curtinwebe­xAquacultu­re pada hari tersebut.

Hadir mengendali­kan sesi ini ialah pakar dalam akuakultur iaitu Profesor Akuakultur Mampan Fakulti Kejurutera­an dan Sains di Curtin University, Perth; pegawai kanan perikanan dari Jabatan Pertanian Sarawak Chin Han Kiat dan Ketua Cawangan Biosekurit­i Perikanan Negeri di Jabatan Pertanian Sarawak June Moh Hwei Yieng.

Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains di Curtin Malaysia,

Professor Tuong-Thuy Vu berkata, webinar ini memfokus terhadap pembanguna­n canggih industri akuakultur di Sarawak, termasuk penyelidik­an, pembanguna­n dan latihan tenaga kerja.

Katanya, langkah memperkena­l kursus selama dua tahun dalam akuakultur mampan di Curtin Malaysia adalah tepat memandangk­an industri akuakultur dan perikanan yang berkembang di Sarawak sekaligus memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat untuk produk berkaitan.

Kursus ini menyediaka­n pelajar untuk bekerja dalam beberapa bidang berkaitan akuakultur dan perikanan dan dirancang dari perspektif akuakultur global untuk menjadikan mereka berdaya saing di peringkat global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia