Utusan Borneo (Sarawak)

Penganut Kristian di Sibu manfaat laman sosial sambut minggu suci

-

SIBU: Penganut Kristian di sini akur dengan gereja masih lagi ditutup berikutan Sibu masih berstatus Zon Merah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) COVID-19 ketika meraikan sambutan minggu suci iaitu Jumaat Agung, semalam.

Seperti tahun lalu, tinjauan mendapati ramai di antara mereka memanfaatk­an laman sosial bagi membolehka­n penganut Kristian menghayati minggu suci sebelum sambutan Hari Easter susulan arahan gereja di Zon Merah yang masih melarang perhimpuna­n ramai di rumah ibadat.

Bagi seorang penganut Kristian di sini yang hanya ingin dikenali sebagai Steven, beliau dan keluarga terpaksa akur dengan arahan kerajaan itu dan mengambil inisiatif dengan menggunaka­n platform media sosial untuk menghayati suci ini.

Jelasnya, ia adalah sama seperti tahun lalu di mana gereja ditutup untuk menjalanka­n ibadat beramai-ramai seperti kebiasaann­ya.

“Gereja kami di Katedral Sacred Heart masih ditutup. Mujurlah ada striming langsung dari gereja besar kami di Kuching.

“Tahun lalu pun macam itu juga. Jadi, macam sudah terbiasa kerana lama sudah gereja kami ditutup sejak penularan COVID-19 membabitka­n Kluster Pasai pada Januari lalu,” jelasnya di sini, semalam.

Steven berharap agar semua penganut Kristian terus tabah dan akur kepada arahan kerajaan dan sama-sama berdoa agar pandemik ini dapat segera berakhir.

“Tak dapat ke gereja tak apa, asalkan hati kita ikhlas dan tahu hari kebesaran kita pada minggu ini yang bermula pada sambutan Ahad Palma pada 28 Mac lalu,” tambahnya.

Tinjauan Utusan Borneo ke gereja-gereja di sini semalam mendapati semuanya masih ditutup kepada umum.

Ini berikutan pandemik COVID-19 masih lagi menular di sini.

Pada Khamis, Sibu mencatatka­n sebanyak 51 kes positif COVID-19 di mana Kluster Bulatan Aman adalah yang terbaharu diumumkan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Rabu.

Dengan situasi COVID-19 yang belum lagi pulih itu, penganut Kristian di sini akan terus menjalani ibadat masing-masing secara dalam talian yang dilaksanak­an menerusi dalam talian oleh inisiatif gereja masing-masing.

Minggu suci penganut Kristian bermula pada 28 Mac yang dinamakan Ahad Palma bagi memperinga­ti kemasukan Nabi Isa ke kota Baitulmuqa­ddis disusuli Jumaat Agung dan Hari Paska (Hari Easter).

Tahun ini, Jumaat Agung jatuh pada semalam, 2 April dan Easter pada esok hari, 4 April.

 ??  ?? MASIH DITUTUP: Gereja Katolik Sacred Heart masih ditutup kepada umum berikutan Sibu masih berstatus Zon Merah.
MASIH DITUTUP: Gereja Katolik Sacred Heart masih ditutup kepada umum berikutan Sibu masih berstatus Zon Merah.
 ??  ?? TERIMALAH: Ling menyampaik­an PPE kepada Donny disaksikan oleh Marcus (kiri) dan Hee (kanan) di Miri.
TERIMALAH: Ling menyampaik­an PPE kepada Donny disaksikan oleh Marcus (kiri) dan Hee (kanan) di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia