Utusan Borneo (Sarawak)

37 peniaga di TSH mula operasi dengan pematuhan ketat SOP

-

SIBU: Seramai 37 peniaga di Taman Selera Harmoni (TSH) telah mula beroperasi dan membenarka­n pelanggan makan di premis mulai Khamis lalu.

Berikutan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Pengerusi Persatuan Peniaga Muslim TSH Sibu Abdul Taib Rosli berkata, pihaknya akan mengenakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Jelasnya, ini bagi mengelak berlakunya penularan wabak COVID-19 di kawasan itu sama ada disebabkan pelanggan atau peniaga.

“Kami telah berbincang dan bersetuju bahawa SOP dan peraturan yang ketat akan diguna pakai sepanjang tempoh PKPB ini.

“SOP dan peraturan ini bukan terhadap peniaga tetapi ia juga dikenakan kepada pengunjung Taman Selera Harmoni,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Antara peraturan tersebut katanya, setiap pengunjung dan peniaga TSH wajib mendaftar masuk menggunaka­n aplikasi MySejahter­a atau Buku Kunjungan dan merekod suhu badan.

Dalam pada itu, peniaga akan membuat pemeriksaa­n tersebut sebelum memulakan operasi terhadap diri sendiri dan pekerja, manakala pengunjung hendaklah membuat pemeriksaa­n tersebut setiap kali masuk ke TSH.

“Kita juga telah menetapkan jalan masuk dan keluar untuk pengunjung yang terletak di tengah-tengah medan selara itu.

“Bagi memastikan pengunjung masuk melalui laluan disediakan, kita telah memasang tali penghadang di sekeliling TSH.

“Mana-mana pengunjung yang tidak mematuhi peraturan ini, tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) kerana telah membantu menyediaka­n laluan dan tali penghadang tersebut.

Bagi meningkatk­an keselesaan dan jaminan kebersihan katanya lagi, pihak TSH telah bersetuju untuk melakukan sanitasi gerai masing-masing setiap kali tamat operasi berniaga.

Oleh kerana jumlah meja yang terhad disebabkan SOP penjarakan fizikal, setiap pengunjung hanya dibenarkan duduk selama 45 minit bagi memberi laluan kepada pengunjung yang lain, katanya.

“Separuh daripada meja di Taman Selera Harmoni telah di pangkah sebagai mematuhi arahan penjarakan satu meter yang dikeluarka­n oleh pihak Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Sekiranya ada pengunjung yang duduk di meja yang telah dipangkah, pihak berkuasa berhak mengambil tindakan,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan dan SOP yang telah digariskan dalam usaha membantu kerajaan untuk menghentik­an penularan pandemik COVID-19.

 ??  ?? LALUAN TUNGGAL: Satu-satunya laluan masuk ke Taman Selera Harmoni dan pengunjung diminta supaya mematuhi SOP dengan ketat.
LALUAN TUNGGAL: Satu-satunya laluan masuk ke Taman Selera Harmoni dan pengunjung diminta supaya mematuhi SOP dengan ketat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia