Utusan Borneo (Sarawak)

Jumaat Agung di Kuching berbeza, gereja guna pendekatan penstriman

-

KUCHING: Perayaan Kristian, Jumaat Agung semalam biasanya menghimpun­kan ribuan penganut Kristian, tetapi berlainan kini menjelang sambutan Hari Easter atau Hari Paska esok.

Uskup Agung Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching Rev Fr Simon Peter Poh Hoon Seng berkata, disebabkan Kuching masih berada di dalam Zon Merah, maka hanya dibenarkan 20 orang sahaja untuk berada di dalam gereja bagi meraikan Jumaat Agung.

“Dahulu, katedral akan dipenuhi oleh 3,000 hingga 4,000 orang sehingga ke tempat letak kereta penuh untuk meraikan perayaan Jumaat Agung ini.

“Tetapi perbezaann­ya sekarang, Jumaat Agung perlu dirayakan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk membendung COVID-19.

“Semua upacara sembahyang dilaksanak­an dengan penstriman secara langsung,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Penstriman secara langsung dari akaun Facebook gereja menarik sekitar 50,000 penganut (bahasa Inggeris), 13,000 (Mandarin) dan 25,000 (Bahasa Malaysia) pada 5 April tahun lalu.

Pihak gereja tegasnya, amat berterima kasih kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kerana membenarka­n seramai 20 petugas gereja menjalanka­n sembahyang misa untuk Jumaat Agung.

Beliau mengingatk­an penganut Kristian untuk tetap berdoa bersama menerusi penstriman secara langsung bersama umat lain dalam solidariti dan bukan sekadar menjadi penonton pasif.

Simon yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja (ACS) turut menggalakk­an warga emas untuk berdoa menerusi penstriman di rumah bagi mengelakka­n mereka daripada dijangkiti COVID-19.

Sementara itu, Kathy Jelema, 39, berkata beliau sedih kerana tidak dapat berpuasa dan merayakan Jumaat Agung serta Hari Paska di kampung halamannya di rumah panjang Kampung Limau di Sri Aman bersama keluarga tersayang.

“Menjadi rutin bagi saya untuk pulang ke kampung dan meraikan hari paling istimewa ini bersama keluarga. Perkara ini tidak boleh berterusan, sedih kerana telah lama tidak ke gereja,” katanya.

Pada masa yang sama, Elsy Japah, 37, dari Serian juga sedih mengenangk­an beliau sudah lama tidak ke gereja kerana perasaan berdoa di rumah dan di rumah ibadat adalah berbeza.

 ??  ?? SIMON
SIMON
 ??  ?? ELSY
ELSY
 ??  ?? KATHY
KATHY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia