Utusan Borneo (Sarawak)

Khidmat helikopter bawa vaksin ke pedalaman Lawas

KKM rangka pelan strategik bagi lokasi di pergununga­n

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunaka­n perkhidmat­an helikopter untuk membawa vaksin ke lokasi yang jauh di pedalaman di daerah ini.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Datuk Henry Sum Agong berkata, selain pengangkut­an udara, pasukan KKM lain juga akan bergerak melalui jalan darat lebih awal sementara menunggu ketibaan vaksin ini untuk melakukan suntikan kepada penduduk kampung.

“Selain helikopter, KKM telah merangka pelan vaksinasi yang strategik untuk pergi ke Ba’ Kelalan dan perkampung­an lain yang jauh di pergununga­n yang mengambil masa sehingga enam jam menggunaka­n jalan darat,” ujarnya selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 PfizerBioN­Tech dos kedua di Pejabat Pusat Latihan JAKIM Lawas, kelmarin.

Henry mengetuai barisan penjawat awam dan petugas barisan hadapan Lawas adalah antara penerima vaksin awal pada dua minggu lalu.

Beliauturu­tmenyeruma­syarakat luar bandar dan di pedalaman

Selain helikopter, KKM telah merangka pelan vaksinasi yang strategik untuk pergi ke Ba’ Kelalan dan perkampung­an lain yang jauh di pergununga­n yang mengambil masa sehingga

” enam jam menggunaka­n jalan darat.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar KPLB daerah Lawas untuk segera mendaftar melalui aplikasi yang telah disediakan atau mendaftar melalui Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) masingmasi­ng.

Beliau memberitah­u selepas menerima suntikan dos kedua, beliau tidak berasa sebarang kesan sampingan dan hanya merasa sedikit letih.

Datuk Henry Sum Agong

 ??  ??
 ??  ?? SELESAI: Henry (tengah) bersama barisan kakitangan KKM Lawas selepas selesai disuntik dos kedua vaksin COVID-19 di Lawas.
SELESAI: Henry (tengah) bersama barisan kakitangan KKM Lawas selepas selesai disuntik dos kedua vaksin COVID-19 di Lawas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia