Utusan Borneo (Sarawak)

Bincang usaha bangunkan program bersama dalam Ijazah OSH

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) dan Chang Jung Christian University (CJCU) Taiwan julung kali telah mengadakan mesyuarat secara maya dalam usaha mengukuhka­n kerjasama seterusnya.

Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, kedua-dua universiti telah menjalinka­n kerjasama sejak lebih enam tahun lepas.

“Mesyuarat secara maya ini bagi membincang­kan usaha membangunk­an program bersama dalam Ijazah Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja (OSH) terutama dengan melibatkan teknologi digital dan inovasi dron,” ujarnya.

Beliau juga memberitah­u, banyak aktiviti telah dijalankan bersama antara kedua-dua universiti membabitka­n pihak pengurusan, kakitangan dan pelajar.

Sementara itu, Presiden CJCU Profesor Dr Lee Yung Lung berkata, pihak universiti bersedia membantu UCTS dalam bidang keselamata­n dan kesihatan pekerja bagi

Mesyuarat secara maya ini bagi membincang­kan usaha membangunk­an program bersama dalam Ijazah Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja (OSH) terutama dengan melibatkan teknologi

” digital dan inovasi dron.

Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid

Naib Canselor UCTS

memenuhi keperluan pembanguna­n industri di Malaysia,

khususnya Sarawak.

“Kini UCTS dan CJCU akan terus bekerjsama dalam melaksanak­an pelbagai perancanga­n untuk melahirkan golongan profesiona­l untuk Taiwan dan juga Malaysia.

“Diharap juga kedua-dua institusi ini dapat sama-sama menjadi sebuah univeristi berprestij di dunia,” jelas Lee.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Penasihat Antarabang­sa CJCU Datuk Thomas Tieng Mee Tung serta wakil kedua-dua univeristi terbabit.

 ??  ?? TERUS MELANGKAH: UCTS terus melangkah dengan kerjasama dengan CJCU, Taiwan.
TERUS MELANGKAH: UCTS terus melangkah dengan kerjasama dengan CJCU, Taiwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia