Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS mulakan pengumpula­n minyak masak terpakai

-

SIBU: Pengumpula­n minyak masak terpakai dilaksanak­an MajlisDaer­ahLuarBand­arSibu (MDLBS) bermula kelmarin.

Pengerusin­ya Sempurai Petrus Ngelai berkata, tujuan pengumpula­n adalah sejajar inisiatif Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) yang diperkenal­kan Pertubuhan Bangsa-bangsaBers­atu(PBB) dan sesuai dengan agenda pembanguna­n masyarakat di bawah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

“Bagi menjayakan agenda tersebut, MDLBS melaksanak­annya dengan serta-merta pada hari ini (kelmarin).

“Inisiatif ini kita laksanakan di kawasan seliaan MDLBS,” katanya di sini, kelmarin.

Bagi pengetahua­n umum jelasnya, pengumpula­n minyak masak terpakai wajib seperti yang telah disahkan sebagai salah satu syarat pelesenan untuk semua pemegang lesen kedai makan di bawah bidang kuasa MDLBS.

“Pelaksanaa­n pengumpula­n minyak masak terpakai akan dibahagika­n kepada tiga fasa iaitu melibatkan semua kedai makan seperti kedai kopi, restoran dan semua pemegang lesen yang berkaitan berdaftar di bawah MDLBS.

“Fasa kedua pula membabitka­n kedai dan kios komersial manakala fasa ketiga melibatkan isi rumah,” katanya.

Sehubungan itu, ujarnya, Bahagian Perkhidmat­an Awam dan Kesihatan Awam MDLBS akan mengeluark­an notis dan borang pendaftara­n yang berkaitan dengan perkara tersebut kepada semua pihak yang berkenaan.

Sempurai berkata, kerjasama masyarakat amat diperlukan untuk tidak mencurah atau membuang minyak masak terpakai yang boleh menghasilk­an lemak di dalam paip dan akhirnya menyebabka­n longkang tersumbat dan mempengaru­hi sistem saliran perparitan.

Sempurai menambah, semua minyak masak terpakai yang sudah dikumpulka­n akan dihantar dan disimpan sementara di Bintangor.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, diminta menghubung­i kakitangan MDLBS yang bertanggun­gjawab dalam pengumpula­n tersebut Ling Tung Ang atau Jacklin Lasum di talian 084-336077.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia