Utusan Borneo (Sarawak)

RiamTec adakan webinar hari ini untuk promosi aplikasi Miri CARES

-

MIRI: Riam Institute of Technology (RiamTec) akan mengadakan webinar hari ini (Sabtu) dalam usaha mempromosi­kan aplikasi telefon pintar mudah alih Miri CARES selaras dengan Konsep Bandar Pintar Miri yang menekankan kecekapan perkhidmat­an dan kualiti hidup yang lebih tinggi bagi penduduk bandar.

RiamTecyan­gmerupakan rakan kongsi ‘Miri Smart City Concept of Proof’ berkata sesi dalam talian ini yang bertema ‘Awaken: Live Talk on Smart City’ akan bermula pada jam 3 petang melalui platform Zoom dan orang ramai dijemput untuk menyertai bagi mengetahui lebih banyak mengenai Miri CARES.

Miri adalah bandar raya pertama di Sarawak yang menjenamak­annya sebagai ‘bandar pintar’ yang menggunaka­n inovasi, teknologi dan data.

Aplikasi ini merupakan salah satu daripada sembilan inisiatif di bawah ‘Miri Smart City Proof of Concept’ yang dirasmikan Datuk Bandar Miri Adam Yii pada 28 Januari lepas.

Pensyarah RiamTech Dr Chong Kim Mee berkata, ini adalah platform mudah alih praktikal dan senang yang membolehka­n warga Miri berurusan secara langsung dan cekap dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM) atau membuat aduan, cadangan atau pujian.

Orang ramai dapat menghubung­i pelbagai agensi melalui MBM tepat pada masanya agar MBM dapat menangani masalah masyarakat dengan berkesan dan segera mengambil langkah-langkah yang diperlukan.

“Merupakan rahmat bagi orang ramai bahawa aplikasi mudah alih bandar pintar MBM dapat berkomunik­asi dengan orang ramai secara serentak,” kata Chong.

Sementara itu, seorang lagi pensyarah, Dorothy Ma berkata sesi perkongsia­n dalam talian akan mendemonst­rasi penggunaan aplikasi sementara penceramah akan membincang­kan faedah menggunaka­n aplikasi Miri CARES dan maklumat lain yang berkaitan.

Oleh itu, warga Miri dijemput untuk log masuk ke platform Zoom dan memasukkan nombor akaun (ID): 949 254 7491 dengan kata laluan: 97riamtec.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi talian 085-613371 atau 0166813375.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia