Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Kantin MILO inisiatif sedia nutrisi kepada pelajar

Bantuan subsidi kepada pengusaha kantin turut bantu kelangsung­an hidup, perniagaan mereka pada waktu mencabar

-

Semoga sumbangan menerusi Projek Kantin MILO ini dapat meringanka­n beban yang ditanggung oleh keluargake­luarga berkenaan dalam mengharung­i detik mencabar ini untuk bangkit semula

” dengan lebih tabah.

KUCHING: Lebih 35,000 pelajar daripada keluarga B40 di 700 sekolah rendah di seluruh negara mula menerima set sarapan pagi di bawah Projek Kantin MILO, satu inisiatif bantuan nutrisi yang diterajui MILO dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Bertujuan menangani impak sosioekono­mi COVID19 terhadap sekolah dan komuniti, Projek Kantin MILO merupakan sebahagian daripada usaha besar Nestlé Malaysia untuk meringanka­n beban dan membekalka­n nutrisi kepada rakyat pada waktu yang mencabar ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé (Malaysia) Berhad Datuk Adnan Pawanteh berkata, selari dengan matlamat untuk meningkatk­an kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan lebih sihat, pihaknya ingin memainkan peranan dengan lebih bermakna terutamany­a pada saat kritikal ini ketika negara menuju ke arah pemulihan.

“Pendekatan yang kami

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad

ambil untuk Projek Kantin MILO adalah unik. Ia bukan sahaja menyediaka­n sarapan pagi berkhasiat kepada para pelajar, malah bantuan subsidi kepada pengusaha kantin dapat membantu kelangsung­an hidup dan perniagaan mereka yang terkesan secara langsung oleh COVID-19 disebabkan penutupan sekolah berlanjuta­n,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Projek Kantin MILO membekalka­n sejumlah lebih satu juta set sarapan pagi yang lengkap berserta minuman MILO UHT berkhasiat selama sebulan (20 hari persekolah­an)

secara percuma.

Setiap set sarapan pagi percuma Projek Kantin MILO dipadankan dengan minuman MILO UHT, diperbuat daripada kebaikan barli malt, susu dan koko, serta disediakan oleh pengusaha kantin yang mendapat subsidi di bawah program terbabit di sekolah-sekolah berkenaan.

Pengagihan set sarapan pagi percuma telah bermula pada akhir tahun lalu dan diteruskan pada sesi persekolah­an baharu tahun ini ketika pelajar kembali menjalani pembelajar­an bersemuka bermula 1 Mac lepas.

Sementara itu, Pegawai

Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad Ng Su Yen berkata, Projek Kantin MILO menegaskan amalan sarapan pagi yang sihat sebagai komponen penting dalam penjagaan pemakanan sihat, lebih-lebih lagi ketika ramai keluarga kurang berkemampu­an menyediaka­n keperluan asas termasuk makanan semasa pandemik ini.

“Semoga sumbangan menerusi Projek Kantin MILO ini dapat meringanka­n beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga berkenaan dalam mengharung­i detik mencabar ini untuk bangkit semula dengan lebih tabah,” ujar beliau.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Sekolah), Kementeria­n Pendidikan

Malaysia Datuk Adzman Talib dalam pada itu turut mengalu-alukan sumbangan daripada Nestlé dan MILO ke arah usaha bersepadu pemulihan COVID-19 untuk menyemarak­kan semula sekolah.

“Projek Kantin MILO melengkapk­an usaha berterusan pihak kementeria­n selama ini menerusi Rancangan Makanan Tambahan untuk memastikan lebih ramai murid yang kurang berkemampu­an mendapat nutrisi secukupnya.

“Bantuan subsidi kepada pengusaha kantin turut memastikan kualiti dan keselamata­n makanan yang dihidangka­n kepada anak-anak di sekolah terjaga, lebih-lebih lagi apabila pihak kementeria­n meningkatk­an usaha untuk membuka semula sekolah dengan selamat,” ujar beliau.

Satu majlis penyampaia­n cek replika telah diadakan untuk meraikan kerjasama dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan jumlah sumbangan menerusi Projek Kantin MILO bernilai RM3 juta.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi Sekolah) KPM Adzman Talib dan Timbalan Pengarah Kanan Sektor Perancanga­n dan Pengoperas­ian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM Raisin Saidin.

Untuk maklumat lanjut mengenai kebaikan tenaga berkhasiat MILO, layari: https://www.milo.com.my/.

Ng Su Yen

 ??  ?? PROJEK BERMAKNA: (Dari kiri) Ng, Adnan, Adzman dan Raisin merakamkan kenangan bersama cek replika bagi memperinga­ti perkongsia­n Nestlé dan MILO Malaysia dengan KPM.
PROJEK BERMAKNA: (Dari kiri) Ng, Adnan, Adzman dan Raisin merakamkan kenangan bersama cek replika bagi memperinga­ti perkongsia­n Nestlé dan MILO Malaysia dengan KPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia