Utusan Borneo (Sarawak)

67 penuntut terlibat dalam penutupan kursus repalman

-

SIBU: Seramai 67 penuntut daripada pasukan 11 RAMD, 13 RAMD, 20 RAMD, 3 RRD dan 10 RRD telah terlibat dalam Upacara Penutup Kursus Repalman Kelas 1 (Dec) Siri 17/2020 di Menara Abseiling Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja, Kem Oya di sini, baru-baru ini.

Kursus ini telah dilaksanak­an selama 16 minggu mulai 7 Disember tahun lalu hingga 29 Mac lalu.

Kursus ini bertujuan memperkasa­kan ketahanan mental dan fizikal, meningkatk­an asas pengetahua­n ketenteraa­n dan menilai serta mengukur kemampuan anggota dalam pengendali­an senjata.

Selain itu, kursus ini juga memberi pendedahan awal kepada anggota dalam tugas operasi yang dilaksanak­an dalam sesebuah organisasi Batalion Infantri.

Sementara itu, Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia Brigadier Jeneral Shamshor Jaafar yang diiringi PenolongPe­gawaiMemer­intah BatalionKe­tigaRejime­nRenjer

DirajaMeja­rMdFairusN­orrani selaku penganjur kursus pada siri kali ini telah merasmikan acara penutupan tersebut.

Upacara penutupan telah dilaksanak­an dengan konsep demonstras­i abseil dan repal serta OBUA disusuli dengan penyampaia­n Anugerah Penuntut Keseluruha­n Terbaik yang disandang Prebet Muhamad Nasrul Asraf Ibrahim (11 RAMD) manakala anugerah bagi Penuntut Akademik Terbaik telah dinobatkan kepada Prebet Muhamad Najmi

Mohd Syukri (20 RAMD).

Shamshor dalam ucapannya mengucapka­n tahniah dan syabas kepada semua penuntut atas kegigihan dan kecekaland­alammenama­tkan kursus dan mengingatk­an semua anggota supaya mengaplika­sikan ilmu yang telah dipelajari sepanjang kursus supaya dapat menjadi anggota repal yang mampu diaturgera­kkan tanpa mengira masa sekali gus menyokong tahap kesiapsiag­aan tentera darat amnya.

 ??  ?? TAHNIAH: Shamshor (dua kanan) menyampaik­an anugerah cemerlang kepada salah seorang penerima kursus tersebut baru-baru ini.
TAHNIAH: Shamshor (dua kanan) menyampaik­an anugerah cemerlang kepada salah seorang penerima kursus tersebut baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia